Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unknown tracker_g

Cara Semak Jika Ada AirTag Orang Lain Berdekatan

Diterbitkan Ogos 10, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 10, 2023 oleh Amalina Athman

Berikutan pengumuman pada penghujung bulan lepas, Android secara meluas kini telah melepaskan ciri notifikasi amaran untuk mengesan jika terdapat peranti penjejak berdekatan.

Berkaitan

  • Pengguna Android Akan Terima Notifikasi Amaran Jika Ada 'Unknown' AirTag Berdekatan
  • Google Tambah Sokongan Terjemahan Untuk Aplikasi Gmail

Menurut Google, pengguna Android akan menerima notifikasi secara automatik, jika peranti penjejak tak dikenali dikesan melakukan perjalanan bersama bukan pemilik.

Cara semak

Bagi menyemak tetapan tersebut, buka “Settings” di peranti dan pergi ke bahagian “Safety & Emergency” pada Android 12 dan terkini, atau “Personal Safety” bagi Android 11 dan terdahulu.

Kemudian, tekan pada menu “Unknown tracker alerts”. Untuk menerima notifikasi, pengguna perlu mengaktifkan Bluetooth dan lokasi.

Unknown tracker_a
Unknown tracker_b
Unknown tracker_c

Secara default, tetapan notifikasi amaran ini dihidupkan secara automatik. Google mengatakan jika pengguna mematikan tetapan berkenaan, makluman sebelumnya akan dikosongkan dan sebarang maklumat penjejak tak dikenali yang lain akan dipadamkan serta-merta dan tidak dapat dipulihkan.

Selain automatik, pengguna juga boleh memilih untuk mengimbas secara manual. Caranya, tatal ke bawah di bahagian tetapan yang sama. Kemudian, klik pada “Scan” di bahagian Manual.

Unknown tracker_d
Unknown tracker_e
Unknown tracker_f

Jika terdapat makluman penjejak tak dikenali berdekatan, klik pada notifikasi dan ikut arahan selanjutnya.

Perlu diketahui, ketika ini, makluman penjejak tak dikenali hanya serasi dengan AirTag sahaja. Ianya juga memerlukan Android dengan versi 6.0 dan terbaharu.

Sumber: Android Help

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY