Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Maklumat Tertiris Dedahkan Sejumlah Naik Taraf Kamera Siri iPhone 16

Posted on Ogos 23, 2024Ogos 23, 2024

Barisan iPhone 16 akan menampilkan sejumlah besar ciri dan keupayaan kamera baharu, lapor AppleInsider.

Selain maklumat baharu yang agak menarik, laporan tersebut turut mengesahkan butiran yang diketahui sebelum ini – seperti butang “Capture” dan modul kamera menegak pada model biasa.

Bermula dengan iPhone 16 dan 16 Plus, laporan itu mendakwa bahawa kamera utama akan kekal dengan sensor 48MP apertur  f/1.6. Sementara itu, kamera ultra lebar akan meningkat daripada apertur f/2.4 kepada f/2.2, yang  sepatutnya akan meningkatkan prestasi cahaya rendah. Dikatakan juga model ini akan menyokong fotografi makro, yang mana pada masa ini eksklusif untuk model Pro sahaja.

Beralih ke model Pro, sensor utama nampaknya akan kekal dengan 48MP apertur f/1.78. Selain itu, model iPhone 16 mungkin menampilkan telefoto 5x tetraprism yang diperkenalkan pada iPhone 15 Pro Max, menggantikan kamera telefoto 3x.

Untuk lensa ultra lebar, ‌kita boleh menjangkakan iPhone 16 Pro‌ dan ‌iPhone 16 Pro‌ Max akan dilengkapi sensor 48MP, dengan ciri pixel-binning yang sama seperti kamera utama. Ia akan mempunyai piksel .7 mikrometer untuk tangkapan resolusi penuh dan piksel 1.4 mikrometer apabila digunakan sebagai piksel empat.

Lain-lain butiran kamera yang didedahkan adalah seperti berikut:

  • Apple akan perkenal format imej baharu dipanggil JPEG-XL – penambahan kepada format sedia ada seperti HEIF, JPEG, HEIF Max, ProRaw dan ProRAW Max.
  • ‌iPhone 16 Pro‌ dan ‌iPhone 16 Pro‌ Max akan menyokong video 3K/120fps dengan Dolby Vision.
  • Butang kapasitif Capture akan diperkenalkan pada keempat-empat model, direka untuk digunakan secara eksklusif oleh aplikasi kamera – boleh pilih sama ada dari aplikasi terbina atau pihak ketiga.
  • Butang ini menawarkan force-sensitive half-press yang terikat pada API pembangun, sebagai contoh, boleh mengunci exposure dan fokus, sebelum menekan sepenuhnya butang untuk mengambil foto.
  • Gelongsor di sepanjang butang kapasitif ini juga akan melakukan tindakan yang berbeza – seperti tatal untuk pilih filter atau zum masuk dan keluar.

Laporan baharu ini memberi banyak butiran mengenai keupayaan kamera. Walaupun begitu, pastinya kita perlu menunggu sehingga pelancaran kelak bagi mengesahkan maklumat rasmi mengenainya.

{suggest}

Sumber: AppleInsider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress