Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
snapdragon 8 gen _2

Maklumat Tertiris Dedah Spesifikasi Cip Snapdragon 8 Gen 2

Diterbitkan September 30, 2022 oleh Amalina Athman

Pada Jun lalu, Digital Chat Station mendakwa cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 (SD8550) akan hadir dengan konfigurasi CPU 1+2+2+3, dengan teras yang terdiri daripada satu Cortex-X3, dua Cortex-A720, dua Cortex-A710, dan tiga Cortex-A510. Bagaimanapun, maklumat terbaharu mendedahkan spesifikasi yang berbeza.

Berkaitan

  • Xiaomi 13 Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2 Mungkin Dilancar Lebih Awal
  • Snapdragon 8 Gen 2 Mungkin Diperkenal Lebih Awal
  • Spesifikasi Penuh OnePlus 11 Pro Didakwa Tertiris - Cip Snapdragon 8 Gen 2, Pengecasan 100W

Menurut tipster terkenal Ice Universe, Snapdragon 8 Gen 2 akan dilengkapi 2 teras Cortex-A715 berbanding Cotex-A720. Cortex-X3 mempunyai kelajuan maksimum 3.2GHz, sementara Cortex-A510 dengan kelajuan sehingga 2GHz. Bagi Cortex-A715 dan Cortex-A710 pula mempunyai maksimum 2.8GHz.

Snapdragon 8 Gen2(SM8550)
1×X3 3.2GHz + 2×A715 2.8GHz+2×A710 2.8GHz+3×A510 2.0GHz
TSMC 4nm
NPU, ISP and GPU have been greatly improved

— I'm back! (@UniverseIce) September 28, 2022

Selain itu, ura-ura juga mengatakan Snapdragon 8 Gen 2 mungkin menggunakan kad grafik GPU Adreno 740.

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi daripada Qualcomm mengenai Snapdragon 8 Gen 2. Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cip pemproses ini melalui acara Snapdragon Summit yang berlangsung pada November di Hawaii.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY