Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Main Kesemua Siri Half-Life Secara Percuma Menerusi Steam Sehingga Mac 2020

Main Kesemua Siri Half-Life Secara Percuma Menerusi Steam Sehingga Mac 2020

Diterbitkan Januari 24, 2020 · Dikemas kini Januari 24, 2020 oleh ariff bukhari

Promosi sebelum kemunculan judul permainan baru Half-Life: Alyx VR.

Platfom servis permainan komputer, Steam telah menawarkan kepada para pemain berdaftar untuk memainkan permainan popular, Half-Life secara percuma.

Tidak terhad hanya pada judul permainan itu sahaja, malah kesemua siri permainan Half-Life termasuklah Half-Life, Half-Life 2, Half-Life 2: Episode One dan Half-Life 2: Episode Two boleh dimainkan secara percuma di platfom tersebut hingga Mac 2020 nanti.

Ia adalah sebagai promosi sebelum kemunculan judul baru dalam siri Half-Life iaitu Half-Life: Alyx yang dijangka akan ditawarkan di platfom Steam dalam bulan Mac nanti.

Judul siri baru Half-Life: Alyx itu berkisar sebelum siri Half-Life 2. Walaubagaimanapun, ia berkongsi karektor dan elemen penceritaannya mempunyai kaitan dengan siri Half-Life 2 dan siri selepasnya.

Untuk info lanjut tentang promosi serta spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan siri permainan Half-Life ini, sila layari laman rasmi Steam.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY