Mahukan Gambar Percutian Anda Secantik Ini? Ini Caranya

Bercuti ke destinasi menarik merupakan saat-saat yang dinantikan kita semua. Tidak lengkap percutian kita tanpa merakam sebarang foto atau video, betul? Rakam gambar dan video dah ibarat satu kewajipan. Sama ada ia untuk ditatap sendiri pada kemudian hari atau dijaja di media sosial untuk halwa mata rakan baik anda. Tetapi mampukah anda merakam secantik imej dibawah?

OPPO Reno2

Mampu jika anda mempunyai peranti berkamera baik serta sedikit kemahiran asas. Kedua-dua perkara ini perlu seimbang dalam menyempurnakan sesebuah rakaman. Pengetahuan asas seperti komposisi serta cara rakaman yang betul amat penting apabila merakam. Bagi peranti pula, kita sekarang lebih gemar menggunakan telefon pintar dan model yang sesuai untuk sesi fotografi serta video pendek anda adalah OPPO Reno2. Bagaimana OPPO Reno2 dan skil merakam anda dapat hasilkan gambar menarik? Mari kita lihat caranya.

oppo reno2

Komposisi penting untuk sesebuah video atau gambar.


Kunci bagi rakaman yang cantik adalah komposisi, iaitu bagaimana anda meletakkan subjek atau objek itu didalam rakaman video atau foto. Perkara ini boleh dicapai melalui penggunaan ciri rule of third, garisan yang terbahagi kepada 9 bahagian dengan 4 titik persilangan.

oppo reno2

Nampak 4 titik merah seperti imej diatas? Ia merupakan fokus pandang bagi sesebuah imej. Mata kita secara semula jadi akan melihat ke bahagian titik itu berada.

Bila menggunakan rule of third, cuba letakkan subjek dan elemen penting lain berdekatan bahagian tersebut. Seperti contoh gambar dibawah.



Namun begitu, mungkin agak sukar untuk mengekalkan komposisi itu terutama sekali ketika anda sedang merakam video atau foto dalam keadaan bergerak. Jangan khuatir jika anda menggunakan OPPO Reno2. Ini kerana telefon pintar keluaran OPPO itu mempunyai ciri mod Ultra Steady.

Apa itu Mod Ultra Steady?


Mod Ultra Steady merupakan teknologi penstabilan yang diketengahkan oleh OPPO dalam meningkatkan kualiti kestabilan sesebuah rakaman. Melalui ciri Penstabilan Imej Elektronik (EIS) dan penstabilan Imej Optik (OIS), ia mengurangkan gegarĀ  pada rakaman disamping kadar bingkai 60fps yang memberikan kelancaran serta kualiti terbaik pada keseluruhan imej.



Sudah lihat perbandingan diatas? Tiada masalah untuk mengekalkan komposisi video pada OPPO Reno2 bukan? Rakam sahaja ketika diatas kenderaan yang bergerak laju, video kekal stabil dan lebih sedap ditonton. Begitu juga ketika saat merakam foto.

Namun perlu diingatkan bahawa rakaman video 1080p 60fps digalas oleh lensa utama sahaja, sementara lensa sudut luas dan telefoto tidak mempunyai ciri tersebut.

Apa lagi yang diperlukan untuk rakaman yang menarik?


Gunakan kaedah komposisi 3 titik. Menggunakan ciri rule of third, kaedah ini digunakan dengan cara membahagikan imej yang mahu dirakam kepada tiga bahagian. Rakam secara menegak atau melintang. Setiap bahagian itu terdiri daripada subjek utama yang mahu ditonjolkan. Ia biasa digunakan ketika mahu mengambil gambar secara lanskap atau subjek besar yang mengisi imej.

oppo reno2



Walaupunbegitu, jika hanya menggunakan teknik asas tanpa sudut, kaedah tiga titik ini agak sukar dicapai pada telefon pintar. Untuk itu, ciri zoom dan lensa sudut ultra lebar ditagih dalam mendapatkan komposisi tersebut.



Melalui kemampuan zoom OPPO Reno2 dari 5x zoom hybrid sehingga 20x zoom digital serta lensa sudut lebar, anda tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kaedah diatas. Lensa sudut lebar boleh menghimpunkan segenap pemandangan indah dihadapan anda ke dalam imej. Sementara itu, kebolehan zoom 2x sehingga 5x memberikan lebih kejelasan terhadap subjek. Jangan dilupa tentang zoom 20x dimana subjek yang jauh dapat "didekatkan" pada imej.

https://www.youtube.com/watch?v=6otDYpBg5Wc

Menerusi tahap zoom yang kita sudah ceritakan diatas, kameranya mampu mengeluarkan imej berkualiti tinggi bagi rakaman jarak jauh. Ini sangat berguna ketika anda sedang melawati kawasan pelancongan, anda pasti tidak mahu ketinggalan merakam bangunan-bangunan atau sebarang struktur menarik walaupun berada jauh darinya. Atau pada apa-apa situasi lain yang memerlukan ciri zoom dibuat.



Menariknya tentang juga tentang OPPO Reno2 adalah kebolehan zoom audio. Contohnya anda sedang rakam video rakan yang sedang bercakap diseberang jalan, ketika zoom masuk dibuat, audio akan ditingkatkan. Suara rakan anda akan lebih jelas dan ini sangat berguna ketika dikawasan sesak atau sedikit bising.

Tidak sah percutian anda tanpa rakaman potret


Rata-rata daripada kita suka akan ciri rakaman potret atau bokeh dimana tumpuan pada subjek dengan latarbelakang sedikit kabur.

OPPO Reno2

Bagaimana mahu rakaman potret lebih menarik? Elakkan daripada mengambil rakaman potret pada latar belakang yang kosong atau putih. Cari latarbelakang yang menarik seperti cahaya, pokok, bangunan dan seumpama dengannya. Selain itu, rakam juga dengan perspektif yang berbeza. Sama ada rakam dari atas mahupun bawah.

oppo reno2

Latarbelakang menarik sudah ada, apa lagi perlu ada? Perlu ada OPPO Reno2. Ini disebabkan peranti tersebut berkemampuan merakam imej potret dengan baik sekali. Subjek dan latarbelakang kabur dipisahkan dengan kemas dan subjek lebih menonjol dengan perincian yang baik.

Boleh rakam video bokeh


Selain itu, anda boleh rakam video bokeh pada OPPO Reno2. Ya bukan foto sahaja, video pun boleh. Kesan kabur pada latar belakang boleh ditetapkan terlebih dahulu, memudahkan sesi rakaman anda. OPPO menjanjikan kualiti rakaman video bokeh setanding dengan kamera SLR dan ia boleh dilakukan untuk merakam seorang sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=I1OHk2SreIA&feature=emb_title

Objek yang dipilih akan lebih terserlah memberikan kelainan pada video anda. Kamera depan pun boleh rakam video bokeh ya. Selepas ini, video percutian anda akan lebih menarik dirakam secara bokeh.

Rakam pemandangan indah diwaktu malam ketika percutian


Sudah tentu anda tidak akan melepaskan peluang merakam gambar pada waktu malam. Lokasi percutian menarik yang disimbahi dengan cahaya lampu membuatkan ia wajib untuk dirakam sebagai kenangan. Namun begitu, cabaran utama pada telefon pintar adalah rakaman pada situasi kurang pencahayaan. Perincian gambar hilang dan hingar terlihat pada imej. Tetapi dengan adanya mod Ultra Dark pada OPPO Reno2, ia pasti boleh menyelesaikan isu tersebut.

oppo reno2

Melalui penggunaan NPU, butiran objek yang kurang jelas dilihat mata manusia dalam keadaan gelap, mampu dirakam kamera OPPO Reno2. Contohnya tahap cahaya dibawah 5 lux, ciri AI pada kamera akan mencerahkan gambar disamping mengurangkan hingar.

oppo reno2

SoLoop mudahkan anda sunting video ketika bercuti


Kita bercuti, anda mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk menyunting video yang dirakam. Dalam masa yang sama, anda sudah tidak sabar untuk berkongsi video pendek kepada rakan-rakan yang lain. Disini SoLoop dapat membantu anda dalam penyuntingan selain menjimatkan masa. SoLoop merupakan aplikasi terbina yang disediakan pada OPPO Reno2. Aplikasi tersebut boleh mengesan video yang tersimpan didalam album secara automatik. Ia seterusnya akan menyediakan suntingan yang bersesuaian dengan klip video anda. Dengan adanya penyunting yang siap dipasang ini, ia bukan sahaja memudahkan proses suntingan malah mengembangkan lagi kreativiti anda.

https://www.youtube.com/watch?v=sFgyFkWDD0c

Hasil Kamera 48MP dengan mod Ultra Steady dan mod Ultra Dark


oppo reno2



https://www.youtube.com/watch?v=-DBbUONSh4w

Walaupun lebih memfokuskan kepada sudut fotografi dan videografi, OPPO Reno2, OPPO tidak melupakan prestasi permainan mudah alih. Melalui penggunaan Snapdragon 730G, anda boleh dapatkan pengalaman baik untuk bermain permainan kegemaran.

Disamping itu, ia juga diperlengkapkan dengan ciri sambungan dwi WiFi. Bermaksud peranti boleh bersambungan dengan dua rangkaian WiFi pada satu-satu masa. Melaluinya, anda akan sentiasa mempunyai sambungan internet yang lebih stabil. Konfigurasi memori yang diberikan adalah RAM 8GB berpasangan dengan storan 256GB.

oppo reno2

Dari segi janaan kuasa pula, ia dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh, dimana penggunaan sepanjang hari bukanlah masa baginya. Bagi daya isian pula ia menggunapakai pengecasan pantas 20W VOOC 3.0.

OPPO Reno2 dipasang dengan skrin paparan yang bebas takuk, hasil daripada penggunaan kamera terangkat "sirip jerung". Berukuran 6.5 inci dari jenis AMOLED, ia menghasilkan paparan yang cukup terang, jelas serta kaya dengan perincian.

oppo reno2

Ia juga dilihat sesuai kepada anda yang baru berjinak-jinak mahu menghasilkan vlog atau video pendek. Tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan kamera digital lain, cukup dengan OPPO Reno2, gambarnya cantik boleh buat panggilan suara lagi.



Penawaran OPPO Reno2 mampu mengukuhkan lagi jenama OPPO sebagai pengeluar telefon pintar nombor dua dalam negara, seperti yang diumumkan oleh Canalys Ogos lalu. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui penawaran lebih lanjut mengenai OPPO Reno2, boleh layari laman OPPO Malaysia.

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia