Mahu Laptop Ringan Dengan Rekaan Kemas? ASUS VivoBook S14 Dan S15 Mungkin Jawapannya

Anda sedang mencari laptop untuk digunakan sendiri atau dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang? Mahukan laptop ringan, nipis, dengan warna-warna cantik? Nak spesifikasi yang sudah mampu menjalankan tugasan pejabat mahupun kuliah tanpa sebarang masalah? Kalau anda jawab "YA" untuk kesemua soalan diatas, boleh teruskan membaca artikel ini sehingga habis.

Sesetengah daripada anda mungkin sudah maklum yang mana ASUS Malaysia hari ini telah membawakan dua model untuk dipertaruhkan dalam pasaran tempatan. Diperkenalkan dibawah keluarga ASUS ZenBook, siri ini cukup dikenali dengan penawaran laptop yang bersaiz nipis bersam-sama pilihan warna cukup menawan.



Untuk edisi kali ini, seperti biasa ia tawaran difokuskan kepada pengguna dari golongan muda atau yang merasakan dirinya masih muda, ASUS VivoBook S15 dan S14 dipersembahkan. Apa yang menarik disajikan oleh ASUS pada kedua-dua model ini? Mari kita lihat.

1. Pilihan warna yang sangat menarik

Sebagai laptop yang dihasilkan untuk lakukan kerja-kerja pejabat atau pergi kuliah, ia tampil dengan rekaan cukup kemas. Sudahlah ringan dengan berat antara 1.4kg hingga 1.8kg, kecantikkan model-model ini diserikan lagi dengan 5 pilihan warna yang sedap dipandang.



Sekurang-kurangnya ada kelainan sedikit dan tidak hanya terikat dengan pilihan warna yang sama sahaja. Balik-balik hitam, balik-balik kelabu. Kan?

2. Logo VivoBook yang baru

Selain dibaluti dengan warna-warna meriah, bahagian luar laptop ini juga diberikan dengan logo VivoBook yang terletak sedikit kekanan dan ia memberi perbezaan daripada model-model terdahulu. Walaupun ciri tidak memberi sebarang impak pada kelajuan muat turun, tapi ia sudah berjaya menjalankan tugas sebenarnya iaitu menampakkan kekemasan siri VivoBook.

3.Binaan luar lebih premium

Tidak cukup dengan itu, rekaan anggun ini ditambah dengan binaan panel luar yang diperbuat daripada aluminium menjadikannya bukan sekadar cantik semata-mata, tetapi lebih kukuh.



4. Selesa untuk kerja-kerja menaip

Nama pun laptop, sudah pasti salah satu tugasan utamanya adalah untuk menaip. Bagi tujuan itu, ASUS menghadirkan ciri ErgoLift yang mana sendi pada panel paparan boleh digerakkan ke sudut serta posisi sehingga 3 darjah, lebih selesa untuk kerja-kerja menaip.



Menurut ASUS, sendi ErgoLift ini diperbuat daripada besi, menjadikannya kuat serta tahan lasak untuk memberi sokongan ketika menaip.

5. Spesifikasi dalaman sudah cukup untuk menyempurnakan segala tugasan anda

ASUS tidak menumpukan pada kosmetik laptop sahaja, dimana dalamannya juga dimuatkan dengan pelbagai ciri berkuasa untuk pengguna. "Rambut sama hitam, hati lain-lain", begitu jugalah antara VivoBook S15 dan S14. Spesifikasi ringkas adalah seperti dibawah;



Melengkapkan lagi pengalaman terbaik pada laptop ini, sistem audio hasil penelitian daripada pakar Harmon Kardon serta teknologi ASUS Sonic Master yang dibangunkan untuk memberikan bunyi lebih enak melalui laptop bersaiz nipis ini.

Sistem audio ini juga diimbangi dengan paparan visual yang lebih baik menerusi skrin 15.6 inci (S15) dan 14 inci (S14). Ia menawarkan sudut pandangan luas sehingga 178 darjah, penghasilan warna cemerlang bertepatan dengan kemahuan pengguna ketika menonton video.



Menambahbaik kandungan paparan, ASUS menyertakan teknologi ASUS Tru2Life Video. Teknologi ini akan meningkatkan lagi kejelasan, warna dan kontras pada video dimana isyarat imej dan video dipintas sebelum dihantar ke panel. Seterusnya ia akan menganalisis setiap piksel dalam bingkai bagi mengoptimumkan kecerahan, perincian sebelum bingkai itu dihantar semula untuk paparan.

https://www.youtube.com/watch?v=8zs6bHII7AE

Dengan sejumlah menarik dan terbaik yang dimuatkan pada VivoBook S15 dan S14 ini, ia mungkin sesuai dipertimbangkan untuk anda yang sedang mencari peranti ini. Berupaya menjalankan tugasan serta gaming ringan, VivoBook S15 dijual pada tanda harga RM 3199 sementara VivoBook S14 pula boleh dimiliki pada harga RM3899.

Bagi anda yang berminat boleh dapatkannya dari penual sah ASUS seluruh Malaysia.