Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Isu Facebook Akses Kamera iOS Tanpa Disedari Telah Diatasi Dengan Kemaskini Terbaru

Mahu Kurang Bergantung Pada Android, Facebook Bangunkan Sistem Operasi Sendiri

Diterbitkan Disember 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sebagai langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada sistem operasi Android pada masa hadapan, Facebook dilaporkan sedang membangunkan sistem operasi mereka sendiri.

Menurut The Information, pembangunan tersebut bakal dikendalikan oleh Mark Lucovsky, yang juga pernah terlibat dalam pembangunan Windows NT. Laporan tersebut menyatakan, dengan adanya sistem operasi yang tersendiri Facebook pada masa hadapan tidak akan bergantung kepada Google. Ini adalah dari segi penggunaan perkakasan Facebook yang menggunakan perisian Google, seperti Oculus dan paparan pintar Portal.

“We really want to make sure the next generation has space for us,” ujar ketua perkakasan Facebook, Andrew Bosworth kepada The Information. Bosworth berpendapat bahawa syarikatnya mungkin tidak boleh mempercayai pasaran atau pesaing dalam hal ini. Sekaligus langkah mempunyai sistem operasi tersendiri adalah dilihat lebih baik.

Selain daripada Oculus dan Portal, Facebook juga sedang giat membangunkan peranti realiti terimbuh berupa kacamata. Disebut dengan kod nama “Orion”, ia dijangka diperkenalkan sekitar 2023. Kacamata tersebut dikatakan berupaya dikawal melalui fikiran pengguna.

Melalui sistem operasi tersendiri itu, Facebook mempunyai lebih kawalan selain lebih bebas mengimplementasinya pada perkakasan mereka. Ini bukanlah kali pertama Facebook menjalankan inisiatif membangunkan sistem tersendiri. Kira-kira enam tahun yang lalu, gergasi media sosial ini sedia memperkenalkan Facebook Home, sistem Android yang diubahsuai serta digunapakai pada HTC First.

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY