Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hmd global x macpie distribution

Macpie Distribution Kini Pengedar Sah Nokia Di Malaysia

Posted on Jun 18, 2020

HMD Global pemilik kepada jenama telefon yang tidak asing lagi iaitu Nokia kini telah memeterai perjanjian bersama Macpie Distribution hari ini.

Melalui kerjasama antara kedua-dua pihak tersebut, Macpie Distribution kini telah sah menjadi pengedar rasmi peranti-peranti Nokia untuk pasaran tempatan.

Dahulunya dikenali sebagai PDA Expert Mobility, Macpie Distribution merupakan pembekal dan pengedar produk-produk ICT untuk pasaran Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Nokia turut dilapor bakal melengkapkan cip terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 690 pada peranti akan datang. Ura-ura menyatakan ia mungkin dikenali sebagai Nokia 7.3 atau Nokia 6.3.

Snapdragon siri 600 tersebut tampil dengan proses pembuatan 8nm yang turut membawa sokongan rangkaian 5G. Ia dikatakan mampu memberikan 20% lebih kuasa berbanding Snapdragon 675.

Beli peranti Nokia di:

Lazada: https://invol.co/clp8zy

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress