Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
macbook pro13

MacBook Pro Dengan Skrin Sentuh Mungkin Hadir Seawal 2025

Diterbitkan Januari 12, 2023 · Dikemas kini Januari 12, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan dalam usaha untuk menambah keupayaan skrin sentuh pada Mac seawal 2025.

Berkaitan

  • MacBook Air 15 Inci Dijangka Hadir Tahun Ini
  • Macbook Pro 2023, Mungkin Tiada Perubahan Besar Melainkan Cip Baharu

Menurut laporan Mark Gurman dari Bloomberg, MacBook Pro dengan paparan OLED mungkin menjadi Mac pertama dengan skrin sentuh pada 2025.

Gurman berkata jurutera yang terlibat secara aktif dalam projek itu menjelaskan Apple secara “serius mempertimbangkan” untuk menghasilkan Mac dengan skrin sentuh. Dinyatakan, MacBook Pro itu akan mengekalkan reka bentuk sedia ada dengan trackpad dan papan kekunci, tetapi paparannya akan mendapat sokongan input sentuhan seperti iPhone dan iPad.

Sejak sekian lama, Apple telah berulang kali menolak idea untuk menghasilkan Mac dengan skrin sentuh. Pada 2010, pengasas Steve Jobs pernah mengecam idea paparan skrin sentuh untuk komputer riba. Jika benar Mac dengan skrin sentuh akan dilancarkan kelak, ia mungkin menjadi titik tolak kepada perubahan dalam falsafah syarikat itu.

Ketika ini, pengeluaran Mac dengan skrin sentuh masih belum dimuktamadkan dan rancangan itu mungkin boleh berubah.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: GizmoChina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY