Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Patenkan Teknologi Pengecasan Dihasilkan Dari Bunyi Sekeliling

Macam Apple, Xiaomi Papar Amaran Terhadap Penggunaan Bateri Pihak Ketiga

Diterbitkan Ogos 27, 2021 oleh Amsyar Latif

MenurutĀ Xda Developers, Xiaomi telah melepaskan kemas kini sekuriti versi 5.6.0 menerusi aplikasi Mi Security. Aplikasi tersebut yang sebelum ini menawarkan penjagaan bateri, tetapan pengecasan dan lain-lain. Kini ia memaparkan amaran penggunaan bateri dari pihak ketiga.

Mesej amaran itu juga menyatakan bateri harus ditukar ganti melalui kedai servis yang sah sahaja. Selain itu, ia turut akan memperlahankan kelajuan mengecas pada peranti.

Macam Apple, Xiaomi Papar Amaran Terhadap Penggunaan Bateri Pihak Ketiga
Macam Apple, Xiaomi Papar Amaran Terhadap Penggunaan Bateri Pihak Ketiga

Buat masa ini, ia terhad untuk pengguna Mi 9, Mi 10 dan Mi 10 Pro di pasaran China terlebih dahulu. Tidak mustahil Xiaomi akan berbuat demikian bagi pasaran global nanti.

Dua tahun lalu, heboh satu dunia apabila Apple berbuat demikian pada peranti iPhone dan Apple juga tampil menjelaskan ia adalah untuk keselamatan pengguna.

Adakah anda bersetuju dengan tindakan Xiaomi ini? Mungkin juga ini adalah langkah seakan Apple memandangkan Xiaomi mempunyai teknologi pengecasan yang amat pantas dan akan datang adalah sehingga 200W.

Sumber: XDA Developers

Baca juga:

  • Pengecasan Pantas 200W Xiaomi Beri Kesan Pada Hayat Bateri
  • Pengecas Tanpa Wayar 100W Xiaomi Dilancarkan
  • Xiaomi Tidak Akan Menggunakan Penjenamaan “Mi” Lagi Masa Hadapan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY