Apple tidak mahu penggunanya menukar bateri iPhone mereka secara sendiri atau di tempat lain.
Apple telah memuatkan ciri baru yang akan memaparkan mesej pada penggunanya sekiranya mereka menggantikan bateri iPhone ditempat lain atau diganti sendiri oleh penggunanya.
Bermakna, jika pengguna menggantikan bateri iPhone mereka selain dari pihak Apple sendiri, mesej di bawah akan dipaparkan pada bahagian Batery Setting. Rujuk rajah di bawah.
Isu ini mula disedari oleh pihak iFixit di mana mereka melaporkan mesej tersebut mula dipaparkan pada iPhone XR, XS dan XS Max yang menggunakan iOS 12 dan iOS 13 beta.
Tidak setakat itu, mereka juga mendapati walaupun pengguna menggantikan bateri iPhone mereka dengan bateri asli Apple, mesej tersebut kekal dipaparkan jika ia tidak diganti oleh pihak Apple sendiri.
Ringkasnya, Apple tidak mahu langsung pengguna mereka menggantikan bateri iPhone mereka sendiri atau di tempat lain selain dibuat oleh pihak Apple sendiri.
Maka satu-satunya cara bagi menghilangkan mesej servis bateri tersebut adalah dengan kembali semula kepada Apple.
Berkaitan
- Senarai Barisan Model iPhone dan iPad Yang Menyokong iOS dan iPadOS 14
- Ciri Bernilai RM2.1 Bilion Mula Ditawarkan Untuk Barisan iPhone 14
- CelcomDigi Tawar Naik Taraf Storan iPhone Percuma
- Pengguna iPhone Dilapor Akan Boleh Susun Aplikasi Sesuka Hati Di 'Home Screen'
- Lagi Isu iPhone 15 Pro, Kecacatan Antara Bingkai Dan Skrin Pula
- Kemas Kini iOS 13.1 Untuk Pengguna iPhone dan iPod touch serta iPadOS Untuk Pengguna iPad
- Apple Beri Panduan Cara Betul Bersihkan iPhone 15 Pro Ekoran "Isu Warna Titanium Luntur"
- Telefon Pintar Android Ini Yang Pertama Di Dunia "Menyokong" Kabel Lightning iPhone
- iPhone 2019 Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini
- Syarikat Pemula Bangunkan Bateri Kenderaan Elektrik Cas 3 Minit Tapi Bertahan 20 Tahun