Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Cas

Pengecasan Pantas 200W Xiaomi Beri Kesan Pada Hayat Bateri

Diterbitkan Jun 11, 2021 · Dikemas kini Jun 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Pada penghujung Mei lalu, Xiaomi mengumumkan sistem pengecasan pantas baharu mereka yang mampu mengecas peranti sehingga 200W untuk berwayar dan 120W tanpa wayar.

Persoalan timbul, adakah ia selamat digunakan? Bagaimana pelepasan habanya dan adakah ia memberikan kesan terhadap hayat bateri?

Oleh itu, Xiaomi dalam kenyataan mengatakan bahawa mereka menjangkakan kapasiti bateri akan berkurang sebanyak 20% selepas 800 kitaran cas. Lebih kurang 2 tahun penggunaan jika ia dicas penuh setiap hari.

Baca juga – Xiaomi Umum Sistem Pengecasan Pantas HyperCharge Terbaru

Bermakna, sekiranya bateri itu berkapasiti 5000mAh, ia akan tinggal 4000mAh selepas 800 kitaran. Sebenarnya ini sudah pun mencapai standard keperluan industri.

Akan tetapi, konsep bateri adalah sama. Ia adalah berdasarkan kitaran cas. Lebih kerap peranti dicas penuh, lebih cepatlah hayat baterinya berkurang tidak kira berapakah kelajuan pengecas itu.

Baca juga – Jepun Sedang Bangunkan Teknologi Bateri Tahan Lama

Mungkin ini adalah antara salah satu sebab kenapa sesebuah telefon pintar harus dimuatkan bateri bersaiz besar. Jadi, pengguna tidak perlu pening memfikirkan kapasiti yang sudah berkurang.

Sumber: weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY