Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi logo

Xiaomi Tidak Akan Menggunakan Penjenamaan “Mi” Lagi Masa Hadapan

Diterbitkan Ogos 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Laporan terbaru daripada XDA, Xiaomi tidak akan lagi menggunakan penjenamaan “Mi” pada produk mereka masa hadapan. Seperti yang diketahui, “Mi” bukan sahaja digunakan pada telefon pintar tetapi juga produk lain seperti penjejak kesihatan, TV pintar dan lain-lain.

Sebenarnya, Xiaomi telah mula “membuang” penjenamaan “Mi” menerusi peranti baharu dengan teknologi kamera di bawah skrin, Mix 4. Malah, di China sendiri, mereka hanya memakai nama Xiaomi atau “小米” sahaja.

Oleh yang demikian, selepas ini hanya akan ada Xiaomi, Redmi dan juga POCO di pasaran.

Mengimbas kembali, Xiaomi pertama kali ditubuhkan pada tahun 2010 dan telefon Mi 1 dilancarkan pada tahun 2011. Kemudian, dalam masa 10 tahun selepas itu, jenama Xiaomi mula meningkat naik dan mendapat tempat dalam kalangan peminat.

Selain berjaya mendominasi pasaran Eropah buat pertama kali, mereka juga berjaya mengatasi BMW dalam jenama paling bernilai 2021 serta menduduki tangga kedua sebagai pengeluar terbesar dunia setakat ini.

Oleh itu, telefon pintar yang dijangka dikuasakan Snapdragon 898 akan menggunakan nama Xiaomi 12, bukan Xiaomi Mi 12 atau Mi 12.

Sumber: XDA

Baca juga:

  • Lei Jun Menceritakan Dari Mana Asal Usul Nama Xiaomi
  • Xiaomi Bakal Melancarkan Produk Baharu Pada 15 September
  • Xiaomi Memberhentikan Pengeluaran Redmi Note 10 Untuk Pasaran Indonesia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY