Louis Vuitton Perkenalkan Set Beg Tangan Mewah Eksklusif Dengan Ciri Paparan AMOLED Fleksibel

Gaya beg tangan mewah berunsurkan futuristik untuk wanita moden masa depan.


Pengeluar beg tangan mewah terkenal, Louis Vuitton telah mengadakan acara fesyen "Louis Vuitton 2020 Cruise Collection" di TWA Flight Center, Lapangan Terbang JFK, New York pada awal Mei baru-baru ini.

Dalam acara tersebut, selain mempertontonkan koleksi fesyen pakaian, turut dipertontonkan adalah 2 aksesori beg tangan mewah prototaip yang dilengkapi dengan paparan fleksibel AMOLED.

https://www.instagram.com/p/BxOVJgEHKls/

Skrin AMOLED pada beg tangan tersebut memaparkan video bandar serta demo pelayar internet pada resolusi paparan 1,920 x 1,440.

https://www.instagram.com/p/BxO8Vn5gkRt/?utm_source=ig_embed

Louis Vuitton menjelaskan, inovasi yang menggabungkan fesyen dan teknologi ini adalah merupakan asas kepada kanvas digital masa depan.

https://www.instagram.com/p/BxQx9icgBQT/

Setakat ini, tiada sebarang info lain yang diketahui tentang beg prototaip tersebut seperti adakah ia akan dipasarkan kepada pengguna dan adakah pembangunan skrin AMOLED tersebut dibangunkan mereka sendiri atau dari pihak ketiga .

Jika ia dipasarkan sekalipun, janganlah menjangkakan harganya akan murah kerana Louis Vuitton memang terkenal dengan beg tangan mewah yang berharga ribuan ringgit.

Malah mereka juga ada menghasilkan fon telinga yang berharga mencecah USD1000.00.

Sumber: Design Boom