Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Anda Panas? Boleh Guna Aksesori Penyejukan Cecair Untuk Telefon Pintar Ini Yang Hanya Berharga RM41 Sahaja

iPhone Anda Panas? Boleh Guna Aksesori Penyejukan Cecair Untuk Telefon Pintar Ini Yang Hanya Berharga RM41 Sahaja

Diterbitkan September 14, 2019 oleh ariff bukhari

Boleh digunakan pada pelbagai model telefon pintar.

Jika anda adalah pemain tegar permainan telefon pintar dan selalu berdepan dengan isu peranti yang menjadi panas sekaligus mengganggu keasyikan anda bermain, anda bolehlah mendapatkan aksesori peranti khas yang menggunakan sistem penyejukan cecair bagi menyejukkan telefon pintar tersebut.

“Mobile Phone Water Cooling Pump and Tank” ini adalah aksesori penyejuk bagi telefon pintar yang menggunakan air. Berdasarkan spesifikasi yang diberikan, aksesori penyejuk ini sesuai digunakan bersama model telefon pintar Apple iPhone 6, 7, 8, X, XS dan iPhone XR.

Tetapi jika anda mahu gunakan untuk telefon pintar lain seperti dari Samsung, Huawei atau Xiaomi, pengeluar aksesori ini, Jeebel memaklumkan mereka turut menawarkannya bagi peranti-peranti tersebut.

iPhone Anda Panas? Boleh Guna Aksesori Penyejukan Cecair Untuk Telefon Pintar Ini Yang Hanya Berharga RM41 Sahaja

Pengeluarnya juga mendakwa penggunaan air bersuhu sejuk akan memberikan kesan yang lebih baik bagi menurunkan suhu telefon pintar yang panas dengan pantas.

Aksesori ini ada ditawarkan di laman stor Lazada Malaysia yang dijual hanya pada harga RM41.00 sahaja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY