Cara Mainkan Lagu Pada Aplikasi Google Maps

Kepada pengguna tegar aplikasi Google Maps, berikut kami kongsikan cara untuk menambahkan keseronokan anda ketika menggunakan aplikasi tersebut. Maklumlah, kadang - kadang ketika menghadapi kesesakan lalu lintas sedikit sebanyak akan menyebabkan rasa stress sekaligus boleh mengganggu tahap kesihatan emosi.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali pastikan aplikasi Google Maps anda sudah dikemaskinikan terlebih dahulu. Selepas itu akan muncul satu menu pada bahagian atas paparan iaitu Jam through the traffic jam, tap pada menu tersebut. Kemudian akan muncul pilihan aplikasi muzik yang akan di integrasikan pada Google Maps.



Sekiranya notifikasi seperti diatas tidak muncul boleh sahaja menetapkannya pada bahagianĀ Settings > Navigations Settings > Default Media App.

 

Sekiranya muncul notifikasi berikut tekan sahaja OK.



 

Setelah selesai membuat tetapan, apa yang perlu anda lakukan ialah jalankan aplikasi seperti biasa dengan memilih arah perjalanan yang diinginkan.



 

Ketika perjalanan dimulakan maka akan munculs atu ikon pemain lagu yang telah tetapkan sebentar tadi, pada bahagian sebelah kanan paparan. Tap pada ikon tersebut dan mainkan lagu ketika dalam perjalanan. Selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan