LG SIGNATURE OLED R Mula Dijual Pada Harga Sekitar RM364,000

LG Electronics (LG) pertama kali memperlihatkan TV OLED boleh gulung pertama di dunia pada acara CES yang berlangsung pada awal tahun 2018. Kini, LG secara rasmi mengumumkan pelancaran LG Signature OLED R.

harga TV boleh gulung LG

Hanya dipasarkan untuk pasaran Korea Selatan buat masa ini, LG Signature OLED R diletakkan pada harga KRW 100 juta iaitu sekitar RM364,000.

LG Signature OLED R hadir dengan skrin paparan 65 inci OLED yang boleh digulung. TV ini boleh dilaraskan kepada 3 format paparan iaitu Full View, Line View dan Zero View.



Apabila Zero View diaktifkan, keseluruhan skrin akan digulung ke dalam sebuah kotak atau kabinet yang juga memuatkan pembesar suara 4.2 dengan audio Dolby. Dengan skrin hitam yang hanya akan muncul apabila ingin digunakan, ia menjadikan ruang kelihatan lebih kemas.

Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan iaitu Signature Black, Moon Gray, Topaz Blue dan Toffee Brown.

Sumber: LG