LG Pamer TV OLED 65 Inci Yang Boleh Digulung

Banyak syarikat berinovasi dengan skrin paparan, sama ada melengkung, boleh dilipat mahupun digulung.

Beberapa tahun yang lepas, LG Display ada memperlihatkan teknologi skrin paparan OLED 18 inci yang mampu digulung dan kini, teknologi itu ditampilkan pada rekaan yang lebih besar iaitu TV berukuran 65 inci.

Model prototaip itu hadir dengan resolusi 4K dan ia berfungsi sama seperti TV yang biasa tetapi, perbezaanya adalah ia berupaya digulung ibarat seperti kertas.



Saiz skrin juga boleh diubah-ubah dengan cara menggulung bahagian bawah paparan tersebut. Teknologi ini dilihat dapat membantu masalah pengguna yang mahu memiliki TV bersaiz besar pada ruang yang terhad.

https://www.youtube.com/watch?v=A-Yumjyd-Fs

Sumber: CNN