Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

LG Mungkin Perkenalkan Telefon Boleh Lipat Mereka Januari Ini

Posted on November 28, 2018

Para pengeluar peranti nampaknya semakin obses dalam menghasilkan peranti boleh lipat mereka sendiri. Selepas Samsung dan Huawei, kini LG pula dikatakan semakin hampir untuk mengeluarkan peranti dengan ciri berkenaan.

Ia berikutan satu laporan dari PhoneArena yang menyatakan syarikat Korea tersebut dijangka mengumumkan peranti itu pada awal tahun hadapan.

https://twitter.com/evleaks/status/1057571022931722240

Menurut satu kicauan dari pentiris terkenal Evan Blass pada hujung bulan lepas, LG berkemungkinan besar akan melakukannya pada Januari tahun hadapan.

Sumber menyatakan bahawa LG bercadang untuk menghasilkan sebuah peranti dengan paparan yang merangkumi bingkai sepenuhnya. Maka, sekiranya ia dilipat, peranti tersebut boleh digunakan seperti telefon biasa sama seperti yang ada pada hari ini.

Kredit: LetsGoDigital
Kredit: LetsGoDigital

Ia juga dikatakan akan mempunyai paparan skrin dwi-lengkung, seperti yang dimiliki oleh beberapa peranti Samsung ketika ini. LG juga dikhabarkan telah menfailkan tanda nama LG Flex bagi telefon dengan skrin boleh lipat mereka.

 

Sumber: PhoneArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress