Peranti itu turut akan menggunakan skrin paparan 6.1-inci QHD+ Super-Terang(Super Bright Display) yang didakwa bakal memberikan paparan yang memuaskan terutama ketika berada di luar rumah. Ia juga akan dikuasakan oleh sistem cip Qualcomm Snapdragon 835 dan memori 4GB.
Kredit : BGR
Walaupun tidak menggunakan cip terkini Snapdragon 845, peranti ini dengan mudah menjadi antara model Android One dengan spesifikasi dalaman terbaik yang berada di pasaran hari ini. LG G7 One ini juga akan dilengkapi dengan sistem audio canggih, Boombox Speaker.
Lensa tunggal 16MP dengan bukaan sebesar f/1.6 akan menghuni panel belakang peranti bersama-sama dengan pengesan cap jari. Manakala kamera swafotonya pula akan dilengkapi dengan lensa 8MP dengan bukaan aperture f/1.9. G7 One ini juga mampu merakam dengan kualiti 1080p pada 30fps.
Seperkara yang menarik lagi, peranti ini dilaporkan telah menerima pensijilan IP68 bagi menandakan ia sebagai sebuah peranti kalis air dan habuk. LG G7 One mampu bertahan selama 30 minit di dalam kedalaman air pada 1.5 meter.
Maklumat lengkap berkenaan peranti ini pasti akan kita dengari daripada pihak LG sendiri semasa acara di Berlin itu berlangsung kelak. Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada mereka.
Sumber
Berkaitan
- Dapatkan Vivo NEX 3 Serendah RM199 Sebulan Dengan Digi Phone Freedom 365
- Asus Zenfone Ares Diperkenalkan, Peranti Yang Menggabungkan Fungsi VR Dan AR
- Muat Turun PUBG Percuma Di Xbox One Berikutan Ura-Ura PUBG Ke PS4
- Apple Mahu Hasilkan Semula iPhone X, Turunkan Pengeluaran iPhone XS & XS Max
- Intisari Acara ASUS #WeLovePhoto Di Taiwan- Antara Yang Menarik Tentang Variasi Model Zenfone 4 Dan ZenUI 4.0
- Versi Ketiga Beta Android P Sedia Untuk Diuji
- Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2018 - Pastikan Anda Hanya Melayan Dua Nombor Ini Sahaja
- Pocophone F1 Mula Nikmati Kemaskini Android Pie Secara Berperingkat
- AT&T Kini Sedang Menguji Keupayaan Drone Mereka
- Fortnite Kini Menyokong Fungsi Alat Kawalan Bluetooth Bagi Android dan iPhone