Berdasarkan laporan yang diperoleh dari laman berbahasa Jerman, WinFuture, LG akan melengkapkan laptop siri LG Gram dengan bateri yang lebih besar, Thundebolt 3, dan pengimbas cap jari. Masih belum dipastikan lagi sama ada lampu pada papan kekunci ditambah atau tidak.
Laptop siri Gram mula diperkenalkan lewat 2015 dengan menonjolkan rekaan yang nipis dan ringan. Untuk 2017, siri tersebut bakal hadir dengan tambahan seperti Thunderbolt 3, pengimbas cap jari yang terbina didalam pad sesentuh, dan bateri berkapasiti tinggi. Syarikat tersebut juga berjaya mengurangkan 454 gram berat laptop tersebut dari model terdahulu.
Terdapat 3 versi yang diperincikan dalam laporan yang dipetik dari WinFuture:
- 13Z970 dengan paparan 13.3-inci
- 14Z970 dengan paparan 14-inci
- 15Z970 dengan paparan 15-inci
Kesemua laptop diatas akan diperkasa dengan pemproses Intel siri U Kaby Lake i5 dan i7. Turut melengkapi laptop itu adalah memori SSD yang berkapasiti sehingga 512Gb. Walaubagaimanapun tidak dinyatakan pula tentang RAM yang akan digunakan pada laptop tersebut dan diyakini sekurang-kurangnya dipasang dengan RAM 16GB dan keatas. Siri Gram yang baru ini masih mengekalkan paparan sama seperti generasi terdahulu iaitu, FHD (1920 x 1080) IPS.
Versi pertama Gram dikeluarkan dengan berat tidak sampai 1KG dan dikemaskan pula dengan rekaan bezel nipis tetapi hadir dengan bateri yang berkuasa rendah. Sesuai dengan nama "Gram", versi baru keluaran LG bakal hadir dengan berat yang lebih ringan dan diharap ia dilengkap dengan lampu pada papan kekunci.
Sumber : WinFuture.
Berkaitan
- Maklumat Spesifikasi OnePlus 6 Mula Berlegar Di Internet
- Pengendali Telco Singapura Pilih Rangkaian 5G Dari Nokia Dan Ericsson
- Kereta Elektrik Huawei Mungkin Diperkenalkan Hujung Tahun Ini
- Google Bakal Ganti Nexus Dengan Pixel
- MIUI 9 Global Stable Sudah Mula Ditawarkan Kepada Mi 6 dan Mi Max 2
- (Video) Redmi X Dilengkapi Dengan Panel Depan Dan Belakang Yang Tahan Lasak
- Permainan Dari Sony Ini Mampu Menarik Minat Kanak-Kanak Mempelajari Pengaturcaraan
- Sebahagian Pengguna Sudah Mula Terima Naik Taraf Unifi Turbo Lebih Awal
- Juruwang Di Tokyo Curi Maklumat Lebih Dari 1300 Kad Kredit Pengguna Dengan Cara Menghafal
- iPhone 7 Plus Dan iPhone 6s Plus Ditawarkan RM450 Lebih Rendah Dari Harga Asal