Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan Dari Sony Ini Mampu Menarik Minat Kanak-Kanak Mempelajari Pengaturcaraan

Permainan Dari Sony Ini Mampu Menarik Minat Kanak-Kanak Mempelajari Pengaturcaraan

Diterbitkan Februari 22, 2017 · Dikemas kini Februari 22, 2017 oleh Helmi Samsuri

Di era yang serba canggih, kanak-kanak juga tidak terlepas dari mengalaminya. Pelbagai mainan direka untuk kanak-kanak zaman moden ini.

Sony kini berjaya menghasilkan sebuah permainan mirip seperti ‘lego’. Dilengkapi dengan sensor dan penggerak, ia mampu “dihidupkan” oleh kanak-kanak melalui arahan komputer.

Kanak-kanak boleh mencipta pelbagai bentuk seperti dinasour, kereta dan seterusnya menyambungkan ia ke komputer.

https://youtu.be/TF5zOn2M8Gc

Selepas itu, mereka hanya perlu memasukkan arahan pengaturcaraan asas menerusi perisian yang dipasang didalam komputer.

Objek yang direka itu akan bergerak atau mengeluarkan cahaya mengikut arahan dari komputer secara tanpa wayar.

Permainan yang dikenali sebagai Koov ini telah mula dipasarkan di Jepun dengan harga 37,000¥, lebih kurang RM1,453.

Sumber: Yahoo Tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY