Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Dan Pembangun Naver Bekerjasama Membangunkan Aplikasi Pelayar “Whale” Khusus Untuk Telefon Pintar Dengan Ciri Skrin Berkembar

LG Dan Pembangun Naver Bekerjasama Membangunkan Aplikasi Pelayar “Whale” Khusus Untuk Telefon Pintar Dengan Ciri Skrin Berkembar

Diterbitkan Ogos 28, 2019 oleh ariff bukhari

Bakal diperkenalkan di acara IFA 2019 yang akan berlangsung pada 6 hingga 11 September nanti.

Naver sebuah syarikat pembangun enjin carian terbesar dari Korea Selatan telah bekerjasama dengan LG untuk membangunkan aplikasi pelayar sesawang yang  dikenali sebagai “Whale“.

Whale adalah sebuah aplikasi yang dibangun berasaskan pelayar sumber terbuka Google Chromium. Ia dilengkapi dengan ciri yang dipanggil Naver sebagai  omnitasking di mana ciri tersebut membenarkan pelbagai tugasan dilakukan pada satu paparan.

Kerjasama bersama LG pula adalah bertujuan bagi membolehkan pelayar Whale menyokong paparan berkembar LG bagi dioptimasikan pelbagai tugasan untuk kegunaan bersama peranti terbaru LG yang dilengkapi dengan dua paparan.

“A new form factor for mobile, LG Dual Screen is highly regarded by consumers for its exceptional usability. Our partnership with NAVER is just the beginning of a more expansive Dual Screen ecosystem and another sign of our commitment to providing users with an enriched, differentiated mobile experience.” Chang Ma, Timbalan presiden strategi produk di Syarikat Komunikasi Mobile LG Electronics.

Barisan telefon pintar terbaru akan diperkenalkan di acara IFA 2019 yang akan berlangsung pada 6 hingga 11 September di Berlin, Jerman nanti. Pelayar Whale terbaru juga dijangka akan membuat kemunculan bersama peranti-peranti tersebut.

Sumber: LG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY