Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untuk Kekal Relevan, PUBG PC Mungkin Akan Jadi ‘Free-to-Play’

Lepas 4 Tahun, PUBG Kini Boleh Dimainkan Secara Percuma

Diterbitkan Januari 12, 2022 ยท Dikemas kini Januari 12, 2022 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, semasa acara The Game Awards, Krafton mengumumkan permainan popular PUBG: Battlegrounds bertukar daripada permainan berbayar kepada percuma.

“Better late than never”, selepas empat tahun dan akhirnya kini ditawarkan secara percuma kepada pemain di semua platform termasuk PC, Xbox, Stadia dan PlayStation.

Lepas 4 Tahun, PUBG Kini Boleh Dimainkan Secara Percuma

Bagi pemain yang pernah membelinya, akaun anda secara automatik menjadi “Battlegrounds Plus” yang mana akan menerima beberapa ganjaran menarik. Konsep ini sebenarnya mirip pada Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) dahulu.

Bagaimanapun, sepatutnya hari ini pemain sudah boleh memainkannya. Akan tetapi, twit dari PUBG_Support mengatakan mereka sedang membuat penyelenggaraan bagi transisi permainan percuma ini dan dijangka mengambil tempoh sehingga 38 jam.

[PC/CONSOLE] Maintenance has started and is expected to last 38 hours. https://t.co/owvWAH3LPY

— PUBG: BATTLEGROUNDS Support (@PUBG_Support) January 10, 2022

Tidak mengapa, bagi anda yang berminat untuk memainkannya setelah sekian lama, bolehlah memuat turunnya terlebih dahulu. Cuma sedikit nasihat, PUBG ini tidak semudah PUBG di telefon pintar.

Selain itu, mungkin ramai yang mengatakan PUBG sudah menjadi “Dead Game”. Memang benar jumlah pemainnya sudah menurun tetapi ia tetap berada dalam kelompok permainan yang banyak dimainkan tahun lalu.

Baca juga:

  • Steam Cipta Rekod Baharu Lagi, Pengguna Makin Ramai

  • Perbandingan Kelajuan 4G Dan 5G Di Tiga Lokasi Berbeza

  • Tencent Bakal Beli Black Shark, Persediaan Untuk Metaverse

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY