Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Akhirnya PUBG Boleh Dimainkan Percuma, Adakah Sudah Terlambat?

Posted on Disember 10, 2021

PUBG akhirnya balik ke ‘pangkal jalan’ menjadi permainan percuma setelah beberapa tahun dikenali sebagai permainan berbayar sejak 2017.

Bermula 12 Januari 2022, PUBG akan terus boleh dimainkan secara percuma pada kesemua platform yang tersedia seperti PC, PS4, dan Xbox.

Pengumuman ini dibuat bersempena acara The Game Awards baru-baru ini juga.

Melalui pengenalan versi percuma PUBG, permainan itu akan dipecahkan kepada dua peringkat (tier).

Basic tier adalah percuma untuk kesemua pemain baharu. Namun untuk pemain yang sudah membeli permainan itu, mereka akan dibawa ke Plus tier.

Dalam Plus tier, ia mempunyai banyak mod permainan melebihi sekadar quick match seperti Career, Ranked Mode, dan juga Custom Match.

Perubahan kepada model permainan percuma ini sudah tentu ada punca disebaliknya – yang mana mungkin pihak PUBG melihat keperluan untuk mencari pemain-pemain baharu.

Tambahan juga, ia mungkin berkait rapat dengan populariti permainan yang terpaksa bersaing rapat dengan francais popular percuma seperti Fortnite, Apex Legends, Valorant, Call of Duty Warzone.

Ia mengambil masa yang agak lama untuk PUBG berubah kepada model permainan percuma memandangkan ramai pesaing-pesaing lain dalam genre sama menggunakan model free-to-play.

Sumber: Krafton

Baca juga:

  • Diskaun 80% Untuk Saman JPJ & PDRM Sehingga 12 Disember Ini
  • Amazon Alexa Akhirnya Temui Batu Nisan Selepas 25 Tahun
  • Peminat Galaxy S22 Tak Perlu Kopak Tabung, Harga Sama Dengan Galaxy S21

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress