Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steam LOGO

Steam Cipta Rekod Baharu Lagi, Pengguna Makin Ramai

Diterbitkan Januari 12, 2022 oleh Amsyar Latif

Steam merupakan platform permainan PC popular kini mencipta rekod baharu lagi di mana mereka mencapai jumlah pengguna makin ramai, iaitu maksimum 28,230,853.

Ketika bulan Mac 2020, platform yang dimiliki Valve itu pertama kali mencapai 20 juta pemain dan seminggu seterusnya mencapai 22 juta. Ia kemudian meningkat sekali lagi pada penghujung Disember 2020 dengan jumlah pemain tertinggi sebanyak 24.7 juta.

Beralih pada tahun 2021, pemain di Steam terus meningkat yang mana rekod tertinggi pada April 2021, iaitu 26.9 juta. Akhir sekali, awal tahun ini ia terus mencanak sehingga 28 juta pemain.

Up to 28million Steam CCU.https://t.co/D6WDHbQBsC pic.twitter.com/lwvV2tgGZK

— SteamDB (@SteamDB) January 9, 2022

Angka tertinggi itu merupakan pertama kali dicapai platform tersebut. Salah satu faktor pemain makin ramai adalah disebabkan pandemik COVID-19 dan juga jualan musim sejuk baru-baru ini.

Malah, berdasarkan laporan sebelum ini juga memperlihatkan permainan percuma seperti CS:GO, Dota 2, Apex Legends serta PUBG: Battlegrounds masih mempunyai jumlah pemain yang ramai.

Sumber: steamdb

Baca juga:

  • Ini Senarai ‘Game’ Paling Laris Di Steam Pada Tahun 2021

  • Tiada Harapan, Permainan Bully 2 Tak Mungkin Dilancarkan

  • Permainan Bola Sepak Percuma UFL Bakal Diperlihatkan Bulan Ini

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY