Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
steam best of 2021

Ini Senarai ‘Game’ Paling Laris Di Steam Pada Tahun 2021

Diterbitkan Januari 4, 2022 oleh Amsyar Latif

Valve baru-baru ini telah menerbitkan ‘laporan’ tahunan mereka dengan mendedahkan apa yang terbaik di platform Steam sepanjang tahun 2021.

Kategori yang termasuk dalam senarai “Best of 2021” ini adalah seperti judul permainan paling laris, judul permainan 2021 paling laris, judul permainan yang paling banyak dimainkan, permainan ‘early access’, permainan VR terbaik dan permainan yang ‘mesra’ dengan alat kawalan (controller).

Bagi kategori permainan paling laris atauĀ Top Sellers pada tahun 2021 di Steam ialah:

  • Grand Theft Auto V (GTA V)
  • Destiny 2
  • Apex Legends
  • Naraka: Bladepoint
  • Battlefield 2042
  • Counter Strike: Global Offensive
  • Dead by Daylight
  • Dota 2
  • PUBG: Battlegrounds
  • New World
  • Rainbow Six Siege
  • Valheim

Melihat pada senarai tersebut, beberapa ‘game’ yang terus mendominasi selama 6 tahun berturut-turut. Dota 2, CS: Go dan GTA V merupakan permainan yang kekal bertahan lama. Manakala PUBG: Battlegorunds dan Rainbow Six Siege bertahan selama 5 tahun dalamĀ Top Sellers.

Bagi kategori permainan yang laris dan baru dilancarkan pada tahun lepas adalah seperti Forza Horizon 5, Age of Empires IV, Back 4 Blood, Resident Evil Village, New World, Farming Simulator 22 dan lain-lain.

Untuk senarai penuh, anda boleh tekan pautan INI. Bolehlah anda mengetahui permainan apa yang berkenan di hati.

Sumber: Steam

Baca juga:

  • Tiada Harapan, Permainan Bully 2 Tak Mungkin Dilancarkan

  • 5 Fakta Pelik Tentang PlayStation 2

  • Permainan Bola Sepak Percuma UFL Bakal Diperlihatkan Bulan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY