Disebut-sebut sebagai Lenovo Z6 Pro, ia telah diacah dengan kemampuan rakaman Hyper Video dan juga akan dilengkapi dengan kamera 100MP.
Ini adalah berdasarkan perkongsian oleh Naib Presiden Lenovo, Chang Cheng dengan kiriman berserta tanda pagar (#亿级像素) yang apabila diterjemah, ia membawa maksud bilion piksel atau 100MP.
Tidak banyak, maklumat yang didedahkan mengenai peranti ini tetapi ia dipercayai akan menggunakan cip Snapdragon 855, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Ura-ura mengatakan Lenova Z6 Pro akan diperkenalkan pada April ini.
Terdahulu, Qualcomm ada menyatakan terdapat pengeluar-pengeluar yang sedang mempersiapkan telefon pintar dengan kamera sehingga 100MP, dan ia mungkin muncul sekitar penghujung tahun ini.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Xiaomi Malaysia Tawar Promosi Beli 1 Percuma 1
- Asus ZenFone Max M2 Dan Max Pro M2 Mula Terima Kemaskini Penambahbaikan Kamera
- Senarai Cip Pemprosesan AMD Yang Terkesan Dengan Spectre
- Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799
- KKMM Dalam Proses Cadang Ketersambungan Internet Disenarai Sebagai Kemudahan Utiliti, Seperti Bekalan Air Dan Elektrik
- Promosi 11.11 MSI Sudah Bermula, Beli Monitor Percuma Kerusi Permainan
- Google Lancar Program TV Kanak-Kanak Untuk Youtube Red
- Unifi Tawar Pelan 300Mbps Pada Harga Promosi RM199, Promosi Dibuka Sehingga Akhir Bulan Jun
- Gambar Lebih Dekat Huawei Mate 30 Lite/Nova 5i Pro
- Digi Buka Program Latihan Siswazah, Bakal Ditutup Pada 14 Jun Ini