Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Memperkenalkan Model Terbaru Komputer Riba ThinkBook 14 dan 15

Lenovo Memperkenalkan Model Terbaru Komputer Riba ThinkBook 14 dan 15

Diterbitkan September 7, 2019 · Dikemas kini September 8, 2019 oleh ariff bukhari

Dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi Ke-10.

Lenovo telah memperkenalkan model terbaru komputer riba berprestasi sederhana mereka, ThinkBook 14 dan 15 di acara khas mereka, Lenovo Tech Life di IFA 2019 . Komputer riba ini direka khusus bagi penggunaan harian serta untuk urusan perniagaan kecil dan sederhana (SMB).

ThinkBook 14 dan 15 ini dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi ke-10 serta didatangkan bersama sistem operasi Windows 10 Pro.

Selain dilengkapi dengan storan pantas PCIe SSD, pengguna juga boleh memilih untuk memuatkan komputer riba ini dengan storan Solid State Storage Intel Optane Memory H10 bagio meningkatkan lagi prestasi komputer tersebut.

Lenovo Memperkenalkan Model Terbaru Komputer Riba ThinkBook 14 dan 15

“ThinkBook is not just another laptop line-up. We designed ThinkBook specifically for the new workforce which comprises of Gen Z and millennials, with features and design that make it as easy and responsive as a smartphone,” Eric Yu, Timbalan Presiden dan Pengurus Segmen Lenovo SMB.

Setakat ini belum ada sebarang maklumat lanjut tentang spesifikasi lengkap bagi ThinkBook 14 dan 15. Tetapi Lenovo memaklumkan ThinkBook 14  dan 15 ini akan mula ditawarkan dalam bulan November tahun ini. Harga bagi ThinkBook 14 adalah €675 (sekitar RM3,111) dan ThinkBook 15 pula berharga dari €665 (sekitar RM3,065).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY