Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo thinpad

Lenovo Melancarkan 9 Model Terbaru Komputer Riba ThinkPad

Diterbitkan Februari 25, 2020 oleh ariff bukhari

Terdiri daripada model Lenovo ThinkPad siri T, X dan L.

Pengeluar komputer dari China, Lenovo hari ini mengumumkan barisan model terbaru bagi portfolio komputer riba ThinkPad yang terdiri daripada siri T, X dan L.

Bagi model ThinkPad siri T yang popular bagi kategori perniagaan, sebanyak tiga model terbaru diperkenalkan iaitu ThinkPad T14, T14s dan T15.

Lenovo Melancarkan 9 Model Terbaru Komputer Riba ThinkPad
Model Lenovo ThinkPad siri T.

Ketiga-tiga model ini dipasang dengan versi sistem operasi Windows 10 Pro serta dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core vPro Gen-10 atau AMD Ryzen PRO 4000 (pilihan hanya untuk model T14 dan T14s sahaja).

Ia juga dilengkapi dengan sistem audio Dolby serta pilihan paparan Dolby Vision. Antara ciri lain yang ada pada model ini termasuklah ciri Modern Standby dan Wake on Voice.

Bagi mereka yang mahukan model yang lebih fleksibel, Lenovo hadir dengan model terbaru ThinkPad X13 dan X13 Yoga.

Lenovo Melancarkan 9 Model Terbaru Komputer Riba ThinkPad
Model Lenovo ThinkPad X13 Yoga.

ThinkPad X13 dan X13 Yoga dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core vPro Gen-10 atau pilihan AMD Ryzen PRO 4000 bagi model ThinkPad X13 sahaja.

2 Model ThinkPad siri X ini juga dilengkapi dengan sistem audio Dolby serta pilihan paparan UHD OLED yang menyokong Dolby Vision.

Manakala bagi model ThinkPad siri L pula, sebanyak 4 model terbaru dilancarkan iaitu ThinkPad L14, L15, L13 dan L13 Yoga.

Lenovo Melancarkan 9 Model Terbaru Komputer Riba ThinkPad
Model Lenovo ThinkPad L13 Yoga dan L14.

Bagi barisan siri L ini, kesemuanya disertakan bersama dengan versi sistem operasi Windows 10 Pro dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core vPro Gen-10 atau pilihan AMD Ryzen PRO 4000 (hanya bagi model ThinkPad L14 dan L15 sahaja).

Kesemua model terbaru ThinkPad siri T, X dan L ini juga menyokong sambungan tanpa wayar WiFi 6.

Barisan portfolio komputer riba ThinkPad ini juga akan mula ditawarkan pada suku ke-2 tahun ini dan akan berharga dari USD649.00 hingga USD1079.00.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY