Lenovo Juga Bakal Lancarkan Peranti Boleh Luncur Tidak Lama Lagi

Peranti boleh luncur nampaknya akan kembali menjadi trend bagi industri telefon pintar dalam beberapa bulan mendatang. Selepas Honor dan Xiaomi mengesahkan peranti dengan ciri berkenaan, kini Lenovo pula dikatakan bakal tampil dengan peranti boleh luncur mereka sendiri.

Lenovo Z5 Pro dilaporkan akan menjadi peranti pertama Lenovo yang muncul dengan ciri menggelungsur pada alaf baru ini. Ia juga didakwa akan disertai oleh pengimbas cap jari pada dalam skrin.

https://youtu.be/kL08Dm4sl_U

Menurut satu video yang dikirimkan di saluran YouTube MySmartPrice semalam, peranti ini dilihat hampir menyamai Xiaomi Mi Mix 3 di mana ia diluncurkan secara manual dan bukannya mekanikal.

Buat masa ini, tiada sebarang info mengenai spesifikasi Lenovo Z5 Pro ini yang dapat diperolehi. Namun, ramai pemerhati yang mendakwa ia akan kekal sebagai peranti kelas pertengahan sama seperti Lenovo Z5.

Lebih banyak maklumat lanjut mengenai peranti ini mungkin akan dapat kita perolehi dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.

 

SumberĀ