Jam Pintar Titan Juxt Pro Saingan Hebat Apple Watch






Sebuah Syarikat Jam Pintar dari India,Titan dengan kerjasama HP telah merasmikan jam pintar baru mereka yang diberi nama Juxt Pro yang bertempat di India,Khamis lalu.



Jam Pintar Juxt Pro didatangi dengan dua warna pilihan iaitu Hitam dan Perak dengan kedua duanya dilengkapi dengan tali kulit bewarna hitam.



Januari lalu,Titan juga telah melancarkan jam pintar Juxt yang menggunakan perincian analog dan hanya memiliki beberapa fungsi asas jam pintar. Tidak seperti keluaran terbaru mereka, Juxt Pro yang memiliki rekaan dan fungsi yang lebih dinamik dalam usaha untuk menyaingi jam pintar Apple dan Android yang berada di pasaran.









Juxt Pro direka dengan skrin berukuran 1.3 inci dengan paparan IPS LCD bagi membolehkan pengguna melihat beberapa
perkara, termasuk waktu semasa, langkah perjalanan yang telah dilakukan serta jumlah kalori dibakar. Pengguna turut dapat melihat notifikasi dan menjawab panggilan dari telefon pintar. Selain dari itu, berbeza dengan jam pintar yang berada di pasaran, Juxt Pro dibina dengan kelebihan mengambil dan menyimpan gambar atau musik.



Ia berhubung dengan
peranti secara Bluetooth, dan pengguna turut boleh menggunakan Juxt Pro
untuk nyah-kunci akses peranti mereka dengan ciri kalis air sehingga 30 meter.Juxt Pro dijana menggunakan cip pemprosesan Intel 1GHz Dual Core dengan 512 MB RAM, dan hadir dengan memori dalaman 4GB.



Jam Pintar Titan Juxt Pro ini belum berada di pasaran Malaysia kerana ianya hanya boleh dibeli melalui laman web rasmi Titan Juxt Pro .Peminat jam pintar boleh memilih sendiri rekaan yang bervariasi dari Titan Juxt Pro.