Namun, satu berita yang agak pelik telah tersebar di layar internet apabila Apple melalui peranti iPhone-nya dikatakan akan meniru fungsi yang ada pada peranti pesaingya yang baru diperkenalkan, Samsung Galaxy Note 9.
Fungsi yang dimaksudkan ialah stylus. Seperti yang diketahui, Samsung Galaxy Note telah didatangkan dengan S-Pen sejak keluaran pertamanya lagi. Apple juga mempunyai stylus-nya sendiri, Apple Pencil yang baru diperkenalkan bagi peranti iPad tahun ini.
Bercakap mengenainya, Apple kini dilaporkan akan membawa Apple Pencil kepada peranti iPhone 2018 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Bagaimanapun, ia dijangka hanya akan hadir pada variasi iPhone yang menggunakan skrin OLED sahaja.
Kredit : DetroitBORG@Youtube
Ini bermakna, peranti iPhone 2018 yang menggunakan panel skrin LCD tidak akan menerima sokongan stylus ini. Keputusan ini diterima ramai memandangkan iPhone LCD ini dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dua lagi peranti lain yang menggunakan skrin OLED.
Malah bukan itu sahaja, keluaran iPhone pada tahun ini dilaporkan akan turut hadir dengan variasi simpanan dalaman 512GB, sama seperti yang ditawarkan pada peranti Galaxy Note 9.
Akan tetapi, maklumat lanjut berkenaan fungsi yang ditawarkan pada Apple Pencil tersebut masih belum diketahui. Teruskan bersama kami untuk perkembangan lanjut tentang perkara ini di masa akan datang.
Sumber
Berkaitan
- Axon 9 Pro Dengan Rekaan Takuk Mewarnai Kemunculan Semula ZTE Ke Pasaran
- Seramai 532 Juta Penonton Menyaksikan PMCO 2019 Secara Siaran Langsung
- Harga Jualan iPhone XS & XS Max Di Pasaran China Turun Sehingga RM1,000 Lebih Rendah
- Sambutan iPhone 8 Hambar
- Apple Akan Membawakan Mesin Servis Skrin Retak iPhone ke 25 Negara
- Pengguna Huawei Nova 3 & Nova 3i Di Malaysia Diberi Peluang Mencuba Beta EMUI 9.0
- Video Trailer Pertama Filem Pokémon Detective Pikachu Dipertonton, Bakal Ke Panggung Pada Mei 2019
- Nubia Z18 Kini Rasmi, Dilengkapi Cip Snapdragon 845 & Nisbah Paparan 91.8%
- PlayStation Dedah Senarai Permainan Paling Banyak Dimuat-turun Sepanjang Tahun 2018
- iPhone Bakal Mengikut Jejak Langkah Huawei Dengan Tetapan 3 Kamera Utama