Shopee 12.12 Bakal Tawarkan Promosi Menarik

Shopee cukup dikenali sebagai sebuah platform membeli-belah dalam talian yang sentiasa menawarkan pelbagai tawaran hebat, kini bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk mempersiap sediakan para peniaga tempatan dengan peluang untuk memasarkan produk mereka di Shopee 12.12 shopee 12.12.

Baru-baru ini, kedai rasmi Desamall@KPLB yang mengetengahkan produk buatan tempatan seperti dodol, baju kurung, sambal dan buku telah pun dilancarkan. Disamping itu, pihak kementerian meneruskan kejayaan tersebut dengan melancarkan sebuah lagi kedai pengkhususan kepada produk automatif yang dikenali sebagai Desaauto@KPLB.

Kerjasama ini dilaksanakan untuk memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan terkini. Inisiatif ini juga dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan tersebut yang mengilang serta mengedar produk-produk barangan tempatan.I

Secara tidak langsung, langkah ini akan memberi mereka peluang untuk mengjangkau pelanggan berpotensi dari seluruh negara melalui perkhidmatan melangkau sempadan Shopee. Sebagai permulaan, 100 produk boleh mula didapatkan di kedai atas talian tersebut.



Pihak kerajaan telah menyediakan dasar untuk para peniaga tempatan dengan perancangan yang menarik dan percaya bahawa ia akan berjaya dicapai mengikut sasaran yang diinginkan. "Tanggungjawab seterusnya terletak di bahu warga luar bandar untuk mengambil langkah dan peluang ke hadapan yang disediakan sepenuhnya ini," ujar Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina di majlis pelancaran Desaauto@KPLB tempoh hari.

Jualan hebat Shopee 12.12 Birthday Sale


Pelancaran Desaauto@KPLB telah diadakan bersempena denga pengumuman Shopee 12.12 Birthday Sale. Oleh itu, Shopee akan mengadakan acara hiburan serta bermacam promosi sebagai ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang telah diberi selama ini. Antara tawaran yang akan berlangsung sepanjang 28 November hingga 12 Disember ini adalah:

  • Tawaran harian RM12

  • Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12

  • 12 juta Shopee coins untuk dimenangi di Shopee Catch



Ekslusif buat pengguna Shopee


Kunjungi kedai rasmi Proton di Shopee bermula 3 Disember hingga 31 Disember 2019 ini untuk menikmati bayaran tempahan serendah RM 99. Di samping itu, 50 pelanggang pertama yang mendaftar Proton X70 akan menerima baucar-baucar berjumlah RM 2,000 serta menikmati pelbagai promosi.

Anda juga jangan lepaskan peluang untuk menerima tawaran dan diskaun dari Mydin, AEON Big, Petronas, Xixili, Pureen, Bum Equipment dan banyak lagi untuk menambahkan keceriaan anda sempena sambutan 12.12 Birthday Sale ini.

Dalam pada sambutan ulang tahun kelahiran Shopee, para pengguna kini boleh menambah nilai bagi telefon bimbit dan membayar bil Astro, air, dan elektrik mereka dengan mudah melalui ciri baharu Reloads, Vouchers, dan Bills yang terdapat di aplikasi Shopee.



Antara tawaran hebat lain yang sukar untuk dilepaskan:

  • Pizza Hut - Dapatkan satu (1) pizza regular pada RM 9.99 pada 12 Disember sahaja

  • Sushi King - Nikmati satu (1) California Temaki pada harga RM 1.20

  • KFC - Beli satu (1) percuma satu (1) untuk produk terpilih

  • Visa - Menangi hadiah sebanyak RM 300,000

  • Standard Chartered, RHB, CIMB Bank, HSBC, UOB - Pemegang kad bakal menikmati ganjaran apabila membeli-belah di Shopee pada 12.12 Birthday Sale


Untuk menikmati tawaran ulang tahun Shopee ini, layari shopee.com.