Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiang pintar 5G Lenovo

Lenovo Dan Austral Techsmith Bekerjasama Perkenal Tiang Pintar 5G Dipacu AI Di Malaysia

Diterbitkan Mei 2, 2024 · Dikemas kini Mei 2, 2024 oleh ariff bukhari

Lenovo hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan Austral Techsmith untuk meningkatkan keupayaan teknologi tiang pintar 5G Austral Techsmith yang akan  disepadukan dengan teknologi ThinkEdge dari Lenovo yang dikuasakan AI.

Lenovo dalam kenyataan medianya berkata, tiang pintar 5G itu akan menyediakan majlis bandar raya dan agensi kerajaan dengan keupayaan analisis video berkuasa AI.

Tinag pintar 5G Lenovo
ThinkEdge SE50 yang dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i7 vPro® menawarkan ciri-ciri terkini dan prestasi pemprosesan data  untuk analitik video AI dengan beban kerja analisis video boleh dipertingkatkan lagi.

Dibina dengan kependaman yang rendah, ThinkEdge SE50 Lenovo meletakkan peningkatan kuasa pemprosesan, storan dan rangkaian lebih dekat dengan tempat data dijana.

Sistem ini mengesan situasi berbahaya dalam masa nyata, seperti kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan, pemanduan yang tidak betul, tingkah laku kenderaan yang tidak menentu dan kemalangan, membantu dalam campur tangan segera, pencegahan kemalangan dan pengumpulan bukti.

Tiang pintar 5G Lenovo

Teknologi ini sekali gus akan mampu menganalisis dengan berkesan jumlah rakaman video yang banyak dan dengan pantas menjalankan carian yang diperlukan dengan tepat.

Ia menyumbang dengan ketara kepada pembangunan sistem pengangkutan pintar, memastikan pengurusan trafik yang lebih selamat dan cekap.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY