Mungkin ini yang terjadi kepada seorang pembeli di Russia baru-baru ini. Seorang lelaki yang namanya tidak didedahkan telah membeli sebuah iPhone XS, dan membayarnya menggunakan duit syiling yang memenuhi satu tab mandi.
Kejadian itu telah dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook, Ludmila Semushina dalam satu kiriman di akaunnya semalam.
Menurut beliau lagi, pekerja di Apple Store berkenaan dengan sabar telah mengira jumlah syiling yang dibawa oleh lelaki tersebut. Sekiranya terjemahan di kiriman itu tepat, ia agak pelik mengapa Apple tidak menggunakan bantuan mesin wang untuk mengira jumlah syiling berkenaan.
Kejadian ini mengingatkan saya kepada bayaran saman yang dibuat menggunakan syiling oleh Samsung kepada Apple beberapa tahun yang lalu. Bagaimanapun, kejadian tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku dan cuma satu penipuan.
iPhone XS dijual pada harga sekitar 100,000 rubles(RUB) atau sekitar RM 6,172 di Russia.
Sumber: Phone Arena
Berkaitan
- Pornografi Kanak-Kanak Penyebab Tumblr Dikeluarkan Daripada App Store
- Shopee Tawarkan Promosi Barangan Elektronik Bermula 23 Julai Ini
- Giliran Huawei Pula Tampil Dengan Dwi-Kamera
- Xiaomi Lancar Lebih 500 Cawangan Baru, Cipta Rekod Dunia Guinness
- Google Bawa Keluar Dua Aplikasi Yang Digunakan Bagi Penipuan Pemasaran
- Remaja Kini Banyak Habiskan Masa Menggunakan Internet
- Nokia Pheonix Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Terbaru Keluaran Qualcomm
- LEGO Perli Syarikat Pengeluar Peranti Dengan Produk Boleh Lipat Mereka
- Kemaskini Terbaru Apple Music Untuk Android Mempamerkan Rekaan Baru
- Nike Guna Aplikasi AR Untuk Tentukan Saiz Kasut Yang Sesuai Dengan Anda