Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LEGO Hasilkan Replika Arked PAC-MAN Berharga RM1,199.90

LEGO Hasilkan Replika Arked PAC-MAN Berharga RM1,199.90

Diterbitkan Jun 23, 2023 · Dikemas kini Jun 23, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda peminat game arked khususnya PAC-MAN, anda kini boleh milikinya hanya pada harga RM1,199.90 yang boleh dibina anda sendiri dengan menggunakan blok LEGO.

Edisi LEGO Icons PAC-MAN Arcade ini sudah pun ditawarkan sejak awal Jun lalu.

Ia merupakan replika yang lengkap dengan semua butiran reka bentuk permainan arked kabinet era 1980-an yang popular dahulu, termasuklah kayu bedik, slot syiling yang bercahaya dan laluan berselirat mekanikal yang menyerupai adegan kejar mengejar klasik.

PAC-MAN LEGO

Set LEGO Icons PAC-MAN Arcade ini mempunyai sebanyak 2651 blok LEGO di mana set ini berketinggian 32 cm, 25 cm lebar, 17 cm kedalaman dan seberat 3.645kg apabila ia siap dipasang sepenuhnya.

Antara ciri menarik yang ada pada set LEGO PAC-MAN ini adalah butang tekan pada pangkalan paparan untuk menukar arah dan gelagat angka PAC-MAN, BLINKY dan CLYDE.

Malah bahagian belakangnya juga boleh dibuka untuk melihat mekanisme disebalik replika ini.

Arahan digital bagi memasang set LEGO Icons PAC-MAN Arcade ini juga tersedia di aplikasi LEGO Builder.

Beli set LEGO Icons PAC-MAN Arcade di:

Shopee – https://invl.io/clj04z5

Lazada – https://invol.co/clj04zn

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Unifi TV Tawar Akses Netflix Bermula 23 Jun
  • Telefon Sony Akan Datang Kekal Menggunakan Cip Qualcomm

Sumber: Brick Magic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY