Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook cukai 6% Malaysia

Lebih Daripada 240 Syarikat Sudah Memboikot FB Ads

Diterbitkan Julai 8, 2020 · Dikemas kini Julai 8, 2020 oleh ariff bukhari

Firma-firma itu melibatkan lebih daripada 400 jenama popular.

Boikot terhadap servis FB Ads milik Facebook kini semakin meluas apabila setakat awal Julai ini, sudah lebih daripada 240 syarikat yang melibatkan 400 jenama sudah pun melancarkan boikot terhadap servis tersebut.

Boikot tersebut yang mula dilancarkan sejak bulan Jun lalu oleh aktivis menerusi kempen #StopHateForProfit itu adalah solidariti rakyat Amerika terhadap nilai kebebasan, kesaksamaan dan keadilan.

Facebook yang berdepan dengan kecaman selepas didakwa tidak menyekat penyebaran keganasan, ucapan hasutan dan maklumat palsu khususnya yang dikeluarkan oleh ahli-ahli politik kini berdepan boikot daripada pelbagai firma-firma gergasi termasuklah Adidas, Ben & Jerry’s, Coca-Cola, Dashlane, Honda, Levi’s, Mozilla, Patreon, REI, Target, The North Face dan Verizon.

Susulan daripada boikot yang dihadapi mereka itu, Mark Zuckerberg CEO Facebook merancang untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat dan membuang hantaran agresif dari ahli politik.

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY