Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Dari 500,000 Akaun Zoom Telah Digodam Dan Dijual Di Dark Web

Lebih Dari 500,000 Akaun Zoom Telah Digodam Dan Dijual Di Dark Web

Diterbitkan April 15, 2020 oleh Meor Hasyim

Firma sekuriti Cyble telah menjumpai sekitar 530,000 akaun aplikasi Zoom telah dijual di dark web. Ada juga antara akaun ini disenaraikan secara percuma supaya penggodam boleh menggunakannya untuk tujuan jahat,

Kebanyakan dari akaun Zoom tersebut adalah datangnya dari milik syarikat atau institusi dan juga universiti. Menurut Cyble, akaun-akaun ini telah mula dijual bermula 1 April lengkap dengan poster dalam kalangan komuniti penggodam.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna kesemua aplikasi Zoom ini telah digodam. Akaun yang dijual ini diperoleh melalui godaman sebelumnya yang tidak berkait dengan Zoom dan penggodam hanya mencuba jayanya ketika Zoom mula mendapat populariti.

Antara cara yang efektif untuk mengelakkan masalah ini adalah menggunakan kata laluan yang unik untuk setiap akaun laman rasmi. Zoom telah dilanda pelbagai masalah sejak kebelakangan ini. Jika anda menggunakan aplikasi ini, disarankan untuk meninggalkannya dan membuang data-data akaun anda di dalamnya jika anda pernah menggunakannya.

Sumber: Business Insiders

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY