Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mae secure2u

Lebih Banyak Transaksi Di Aplikasi MAE Perlu Pengesahan Secure2u Bermula 14 Mac

Diterbitkan Mac 3, 2023 oleh Amalina Athman

Maybank kini memaklumkan lebih banyak transaksi akan memerlukan pengesahan Secure2u pada aplikasi MAE, berkuat kuasa 14 Mac 2023.

Berkaitan

  • Maybank: Pembayaran JomPAY Hanya Boleh Disahkan Melalui Secure2u Bermula 6 Disember
  • Selepas CIMB, Kini Maybank Pula Mudahkan Anda Bekukan Akses Terhadap Maybank2U Dan MAE

Menurut Maybank, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian.

Berkuat kuasa 14 Mac 2023, berikut merupakan transaksi yang memerlukan pengesahan Secure2u:

Tetapan (Settings)

  • Kemas kini alamat pada bahagian Maklumat Perhubungan
  • Kemas kini alamat e-mel pada bahagian Maklumat Perhubungan
  • Kemas kini nombor telefon pada bahagian Maklumat Perhubungan
  • Tukar/Tetapkan Soalan Keselamatan

Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

  • Tambah Simpanan Tetap
  • Urus Simpanan Tetap

Tabung Haji

  • Edit ‘Favourite’ Pemindahan Tabung Haji Pihak Ketiga
  • Padam ‘Favourite’ Pemindahan Tabung Haji Pihak Ketiga

Pembayaran & Pemindahan

  • Pembayaran secara one-off kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  • Pembayaran secara one-off kepada Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)
  • Pembayaran secara one-off kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pemindahan Luar Negara

  • Edit ‘Favourite’ Pemindahan Dana Luar Negara

Kad Kredit

  • Aktifkan Kad Kredit
  • Tukar/Tetapkan Pin Kad Kredit
  • Mohon Pindahan Baki/-i

Dalam pada itu, Maybank menjelaskan sekiranya pengguna masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, transaksi masih boleh disahkan seperti biasa.

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY