Peranti berkenaan dijadualkan bakal dilancarkan di China pada 26 Disember ini dan di Paris, bagi pasaran global pada 22 Januari depan. Berkaitan perkara itu, beberapa maklumat mengenainya dilihat telah mula tersebar di internet.
Antara yang paling mencuri tumpuan ialah kamera utama 48-megapikselnya. Ia akan menggunakan sensor IMX586 keluaran Sony yang juga akan digunapakai oleh beberapa peranti lain termasuk sebuah model syarikat induk Honor, Huawei Nova 4.
Baca juga: Spesifikasi Huawei Nova 4 Mula Kelihatan, Kamera Utama 48MP
Malah, Honor V20 ini juga dilaporkan akan dikuasakan oleh sistem cip yang sama dengan Huawei Mate 20 iaitu HiSilicon Kirin 980. Ini berdasarkan satu markah penanda aras Antutu yang didedahkan atas talian baru-baru ini.
Selain itu, peranti ini turut didakwa akan dilengkapi dengan memori sebesar 8GB RAM serta 128GB simpanan dalaman. Dari segi perisian pula, ia akan dijalankan menggunakan sistem EMUI 9 berlandaskan Android 9 Pie.
Ia dijangka akan ditawarkan dengan tiga warna iaitu merah, biru dan hitam. Seperti biasa, tiada maklumat mengenai ketibaan peranti ini ke pasaran Malaysia setakat ini. Kita nantikan maklumat daripada pihak Honor Malaysia dalam masa terdekat.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Bagaimana Untuk Saksikan Pelancaran Huawei P30 Secara LIVE- Dan Beberapa Info Yang Boleh Dipercayai
- Steam, Spotify dan Netflix Antara Yang Akan Dikenakan Cukai Perkhidmatan Bermula Tahun 2020
- Google Bakal Adakan Acara "Misteri" Semasa Persidangan GDC 2019 Bulan Hadapan
- Lebih 200 Aplikasi Di Google Play Store Mengandungi "Adware"
- Vivo V15 Dengan Kamera Periskop Akan Diperkenalkan Secara Rasmi 20 Februari Ini
- First Look HONOR View20 Di Paris ft Fazli Halim
- IFA 2016 : Sedutan Xperia Ear Dengan Lebih Dekat
- Dapatkan OPPO A9 2020 Dengan Harga RM999 Sempena Jualan 12.12
- Facebook Dedahkan Huawei Mempunyai Akses Kepada Data Pengguna Mereka
- Seramai 532 Juta Penonton Menyaksikan PMCO 2019 Secara Siaran Langsung