Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EMUI 10

Lebih 30 Model Huawei Dan HONOR Akan Terima EMUI 10, Kemaskini Bermula November

Diterbitkan September 10, 2019 · Dikemas kini September 10, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pada acara pameran perdagangan barangan elektronik pengguna global, IFA2019 yang berlangsung di Berlin, Huawei telah memperlihatkan rancangan penawaran sistem antaramuka terbaru, EMUI 10  berasaskan Android 10 untuk barisan peranti yang dikeluarkan.

Bakal menaik taraf sistem operasi sedia ada kepada EMUI 10, kemaskini tersebut dirancang akan dinikmati lebih daripada 30 model telefon pintar Huawei dan HONOR dimana ia akan dilepaskan seawal November tahun ini . Penampilan pertama EMUI 10 secara rasmi akan dibuat menerusi siri Mate 30 yang mana pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada 19 September 2019.

Selepas siri Mate 30, dua model awal yang akan dinaik taraf kepada EMUI 10 adalah P30 dan P30 Pro pada November dan bulan yang berikutnya memperlihatkan Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 RS, Mate 20X (4G), HONOR 20, HONOR View 20 dan HONOR 20 Pro pula mengambil giliran.

EMUI 10 roadmap

Penawaran seterusnya pula dijadualkan pada Mac 2020 melibatkan P30 Lite, siri P20 dan siri Mate 10 sementara lain-lain model pula akan dikemaskini sekitar suku kedua tahun hadapan.

Sumber: Huawei Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY