Lebih 20 Ribu Kad Dari Malaysia Dijual Di 'Dark Web', Harga Purata RM37 - NordVPN

Sekurang-kurangnya 6 juta kad debit/kredit telah dicuri maklumatnya seluruh dunia, menurut NordVPN.

Dalam 6 juta kad yang dianalisis oleh NordVPN, Malaysia berada pada tangga ke-16 daripada 20 paling banyak ditemui dengan 0.4%.



Ia adalah sebanyak 22,504 kad. Daripada jumlah itu, 64% daripadanya ialah kad kredit dan selebihnya ialah kad debit.

Harga purata kad pula jatuh pada 8$ iaitu sekitar RM37 ikut pertukaran mata wang hari ini.

  • Kad dicuri melalui malware - 10,370

  • Kad dicuri melaui brute force - 12,134


{suggest}

Data yang dicuri dari kad pengguna Malaysia



  • CCV, tarikh luput kad - 20,337

  • Alamat - 8,788

  • Social security number (mungkin nombor IC) - 77

  • Tarikh lahir - 92

  • Nombor telefon - 4,652


Pencurian data melalui malware termasuklah melalui aplikasi hasad yang berada dalam peranti.

Bruteforce pula ialah kaedah yang mencuba/meneka segala kombinasi nombor sehinggalah ia mendapat yang tepat.

kad kredit malasya digodam

Harga purata kad paling tinggi



  1. Denmark (~RM53)

  2. Jepun (~RM53)

  3. Portugal (~RM53)


Kad paling banyak digodam



  1. India - 89.8%

  2. Slovakia - 86.3%

  3. Arab Saudi - 82.8%


Risiko tertinggi



  1. Malta

  2. Australia

  3. New Zealand


Risiko terendah



  1. Rusia

  2. Pakistan

  3. China


nordvpn malaysia kad kredit digodam 1

Secara keseluruhannya, 6 juta kad dicuri dengan 2.5 juta daripadanya dijual pada harga lebih $18.5 juta (~RM85 juta).

Kad pengguna Amerika Syarikat menjadi paling tinggi digodam dan menariknya, kad Rusia paling sukar ditemui di dark web.

Sumber: NordVPN

Berkaitan