Lebih 20 Juta Nyamuk Bakal Menyerang California

Sebelum itu, ini merupakan satu usaha yang dijalankan oleh Alphabet Inc, syarikat induk kepada Google dalam usaha mereka mengurangkan populasi nyamuk di negeri-negeri pantai barat di Amerika Syarikat.

Syarikat itu akan menjangkiti nyamuk jantan dengan sejenis bakteria yang akan menghasilkan telur yang tidak akan menetas apabila mereka membiak dengan nyamuk betina liar.

Dengan cara itu, mereka berharap dapat mengurangkan populasi nyamuk secara keseluruhan.

Mereka memilih nyamuk jantan kerana nyamuk itu tidak mengigit dan bakteria Wolbachnia itu tidak berbahaya kepada manusia.

Sasaran mereka adalah jenis Aedes aegypti, sejenis baka yang boleh menyebarkan virus seperti Zika dan Denggi yang telah mengakibatkan lebih dari 3,000 kes jangkitan di California dalam tempoh 3 tahun.

Sumber

Berkaitan