Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Air 2S Tampil Dengan Sensor 1 Inci Dan Resolusi 5.4K Rasmi Di Malaysia

DJI Air 2S Tampil Dengan Sensor 1 Inci Dan Resolusi 5.4K Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan April 16, 2021 oleh Wiser MY

Ura-ura yang DJI bakal mengeluarkan dron baharu minggu ini kini menjadi nyata. Hari ini, DJI melancarkan DJI Air 2S dron kamera mudah alih terbaru dengan prestasi penerbangan dan imejan luar biasa.

DJI Air 2S Tampil Dengan Sensor 1 Inci Dan Resolusi 5.4K Rasmi Di Malaysia

DJI Air 2S merupakan dron pertama ukurannya dengan kemampuan menangkap gambar 20-megapiksel dalam resolusi 5.4K pada 30fps dengan sensor satu inci.

Untuk rakaman video lancar beserta kualiti tahap profesional, ia juga dilengkapi gimbal mekanikal tiga paksi dengan storan dalaman sebesar 8GB.

DJI Air 2S Tampil Dengan Sensor 1 Inci Dan Resolusi 5.4K Rasmi Di Malaysia

Menariknya, dron ini mempunyai ciri baharu MasterShots yang mengatur perjalanan dron secara automatik semasa merakam video. Mod Hyperlight pula  memberi kebolehan rakaman lebih jelas pada waktu malam.

Dengan kapasiti bateri sebanyak 3500 mAh, waktu penerbagan boleh mencapai 31 minit dengan jarak maksimum 12km.

DJI Air 2S Tampil Dengan Sensor 1 Inci Dan Resolusi 5.4K Rasmi Di Malaysia

Harga DJI Air 2S bermula pada RM4,499 untuk kombo standard merangkumi alat kawalan jauh, dan satu bateri. Manakala kombo Fly More pula berharga RM5,799 dengan tambahan 2 bateri, penapis ND, hab pengecasan, dan beg sandang.

Kepada yang berminat, boleh dapatkannya di Lazada – https://invol.co/cl3k4of

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY