Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Akan Buka Kedai Fizikal Pertama Di Bandar New York

Posted on Mei 21, 2021

Sebelum ini kalau hendak membaiki atau membeli peranti Google Pixel, pengguna hanya boleh lakukan secara atas talian atau menerusi wakil penjual sah komersial sahaja.

Ini membuatkan proses membaiki serta membeli produk Google agak susah.dan kurang memuaskan.

Baca juga – Ini Fungsi Privasi Baharu Dalam Google

Terbaru, Google dikatakan akan membuka kedai fizikal pertamanya pada musim panas ini di HQ Google bertempat di bandar New York.

Seperti kedai fizikal jenama lain, Google akan menjual produk-produk dan membenarkan pembeli mencuba terlebih dahulu sebelum membeli.

Menurut Google, kedai fizikal ini akan dilengkapi pakar untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah peranti, memasang, dan membetulkan skrin paparan Pixel.

Selain itu, Google juga akan menyediakan perkhidmatan terperinci untuk memenuhi keperluan pengguna.

Menerusi pengumuman ini, ada jangkakan yang Google akan memperkenal pelbagai lagi peranti bertaraf flagship di masa akan datang kerana ia akan menarik pelanggan yang ingin mendapat pengalaman produk secara langsung.

Baca juga – Android 12 Diumum, Lebih Kemas Dan Privasi Ditingkatkan

Namun, syarikat itu tidak memberitahu rancangan untuk membuka lebih banyak kedai fizikal di lokasi lain. Sama-sama kita nantikan kejayaan kedai fizikal Google.

Sumber: ubergizmo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress