GSMA, Counterpoint, realme dan Qualcomm Akan Bersidang Membincangkan Ketersediaan 5G Untuk Global

Jenama telefon pintar realme bersama GSMA, Counterpoint, dan Qualcomm akan mengadakan persidangan virtual mengenai ketersediaan 5G pada 3 Jun ini.

Dengan topik ‘Making 5G Global: Accessibility for All’, pakar setiap organisasi akan berkongsi pandangan berbeza mengenai kemajuan dan pembangunan 5G.

Baca juga - realme 8 5G Rasmi Di Malaysia, Pesaing Kepada Redmi Note 10 5G

Persidangan tersebut akan berkongsi mengenai jangkaan pertumbuhan 5G, halangan dihadapi 5G, dan cara meluaskan 5G didunia pasca pandemik.

Selain itu, trend penggunaan teknologi 5G pada peranti harga rendah serta telefon pintar spesifikasi tertentu juga difokuskan dalam melihat perkembangan 5G.

Dalam masa yang sama, kerjasama antara Qualcomm dalam mengfokuskan faktor penting untuk memastikan prestasi terbaik 5G juga akan dikongsikan.

Disamping itu, realme percaya mereka memainkan peranan penting dalam memacu permintaan 5G pada belia global melalui barisan produk akan datang.

Baca juga - realme Watch 2 Pro - Versi Abang Sudah Mari

Untuk pengetahuan, persidangan ini akan diadakan secara langsung melalui YouTube GSMA.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati di laman Facebook dan Instagram realme.

Sumber: siaran akhbar realme