Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
leagues of legends wild rift

League Of Legends: Wild Rift Mula Diuji Bulan Hadapan, Spesifikasi Minimum Snapdragon 410 Dan iPhone 6

Diterbitkan Mei 17, 2020 oleh Meor Hasyim

Permainan League of Legends: Wild Rift merupakan antara permainan yang ditunggu oleh peminat LOL dan juga pemain mudah-alih. Permainan ini dibangunkan oleh Riot Games dan buat masa ini masih lagi berada dalam tahap pembangunan.

Berita baik kerana pihak LOL: Wild Rift baru sahaja mengumumkan berita terkini mengenai perkembangan permainan itu. Melalui kemaskini yang dimuat naik melalui akaun Twitter, mereka telah menjelaskan isu mengenai butang “Install” dan pautan percubaan yang bermasalah di Google Play Store.

Hey everyone, Wild Rift team here. We hope everyone is staying safe and well.

A few quick updates on our Google Play Store page. We’re seeing reports of a few confusing experiences which we’re hoping we can clear up. Here goes: pic.twitter.com/yKlfApOT47

— League of Legends: Wild Rift (@wildrift) May 15, 2020

Selain itu, mereka juga turut mengumumkan spesifikasi minimum peranti untuk memainkan permainan bekenaan. Untuk pengguna Android minimumnya adalah RAM 1.5GB, Snapdragon 410, dan juga grafik Adreno 306.

Manakala untuk iOS, mereka menyasarkan untuk minimum peranti iPhone 6 dan ke atas. Buat masa ini, ujian percubaan permainan akan dijalankan di Brazil dan Filipina bermula bulan hadapan dalam skala kecil-kecilan. Permainan ini masih belum mendapat tarikh spesifik pelancaran namun pihak LOL: Wild Rift turut menyatakan akan kembali dengan lebih banyak maklumat pada penghujung Mei ini.

 

Sumber: Leagues of Legends: Wild Rift

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY