Laptop ASUS ROG Zephyrus Dan Strix Dikemaskini - Kini Sehingga Intel 10 Gen-10 Siri H Dan NVIDIA RTX SUPER 2080

Seiring dengan pengumuman pelancaran cip terbaru Intel iaitu siri H untuk Intel Core Gen-10, kini ASUS turut mengemaskini model laptop mereka dengan cip yang sama. Model yang diumumkan adalah daripada keluarga ROG Zephyrus dan juga ROG Strix.
ROG Zephyrus Duo 15

Jika anda ingat lagi model laptop dengan 2 skrin oleh ASUS sebelum ini. Inovasi ini telah dikemaskini dengan skrin keduanya dicondongkan supaya lebih mudah dilihat oleh pengguna. Ia hadir dilengkapi paparan kedua 14.1 inci 4K IPS dengan Intel Core i9 Gen-10 serta kad grafik berkuasa NVIDIA RTX 2080 SUPER.



Untuk paparan utama, pengguna mempunyai pilihan paparan 15.6 inci dengan 300Hz Full HD ataupun 4K pada 60Hz. Selain itu ia turut hadir dengan teknologi NVIDIA seperti G-SYNC dan juga mod Optimus.

  • Sehingga Intel Core i9 Gen-10

  • NVIDIA RTX 2080 SUPER

  • Paparan utama 15.6 inci 300Hz FHD / 4K 60Hz

  • Paparan kedua ScreenPad Plus 14.1 inci 4K IPS LCD


ROG Zephyrus S17/S15

Model ini hadir dengan paparan besar 17.3 inci dengan bezel nipis. Ia juga memfokuskan spesifikasi ultra-ringan dengan kerangka senipis 18.7mm. Paparan dilengkapi dengan 300Hz Full HD dengan masa tindak balas 3 ms.



Dengan saiz fizikal yang lebih besar, laptop ini dilengkapi dengan papan kekunci penuh seperti desktop dengan LED RGB serta NumPad. Sistem penyejukan juga turut dimanfaatkan dengan ruang pengudaraan yang lebih besar.

Terdapat juga varian sedikit kecil ROG Zephyrus S15 dengan paparan 15.6 inci. Spesifikasi walau bagaimanapun masih sama berkuasa seperti model S17

  • Intel Core i7 Gen-10

  • NVIDIA RTX 2080 SUPER

  • Paparan 17.3 inci (S17) / 15.6 inci (S15) 300Hz FHD 3ms


ROG Zephyrus M15

M15 pula merupakan model lebih disasarkan kepada golongan mampu milik namun masih lagi menggunakan spesifikasi yang berkuasa. Paparannya dilengkapi dengan 15.6 inci dengan pilihan 240Hz atau 144Hz FHD. Selain itu, terdapat juga pilihan paparan dengan resolusi 4K pada 60Hz.



  • Intel Core i7 Gen-10

  • NVIDIA GTX 1660 Ti / RTX 2070 SUPER

  • Paparan 15.6 inci 240Hz FHD / 144Hz FHD / 4K 60Hz


ROG Strix SCAR 15/17

Model Strix jika sebelum ini sememangnya memfokuskan kepada rekaan dan rupa garang gaming dan untuk model SCAR 15/17 ini tidak terkecuali. Ia hadir dengan model variasi paparan 15.6 inci dan 17.3 inci sehingga kadar segar semula 300Hz.



Terdapat juga banyak pengubahsuaian RGB seperti papan kekunci, light bar, serta logo pada bahagian penutup laptop.

  • Intel Core i7 Gen-10

  • NVIDIA GTX 1660 Ti / RTX 2070 SUPER

  • Paparan 15.6 inci 240Hz FHD / 144Hz FHD / 4K 60Hz


ROG Strix G15/G17

Lebih kepada penawaran mampu milik untuk versi SCAR, ia hadir dengan paparan 240Hz untuk G17 dan 144Hz untuk G15. Pilihan kad grafik adalah bermula GTX 1650 Ti sehingga RTX 2070 SUPER.



 

Untuk G15, terdapat versi dengan Intel i5 yang ditawarkan pada harga lebih rendah.

Strix G17

  • Intel Core i7 Gen-10

  • NVIDIA GTX 1660 Ti / RTX 2070 SUPER

  • Paparan 17.3 inci 240Hz FHD / 144Hz FHD / 120Hz FHD


Strix G17

  • Intel Core i5/i7 Gen-10

  • NVIDIA GTX 1650 Ti / RTX 2070 SUPER

  • Paparan 15.6 inci 240Hz FHD / 144Hz FHD


Buat masa ini harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia belum diumumkan lagi.