Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
carl pei nothing-

Laporan Dedahkan Nothing Serap Banyak Kakitangan OnePlus

Diterbitkan Mei 18, 2023 · Dikemas kini Mei 18, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Kebanyakan kita sedar bahawa kaitan antara Nothing dan OnePlus ialah pengasasnya ialah Carl Pei. Pada tahun 2020, beliau secara tiba-tiba keluar OnePlus dan tubuhkan Nothing dalam bulan sama.

Carl Pei Sahkan Beliau Tidak Lagi Bersama OnePlus, Mahu Berehat Sebentar Dari Dunia Teknologi

Kita dapat lihat OnePlus pasca-Pei sudah lari dari landasan asalnya, tambah pula dengan OxygenOS yang berasaskan ColorOS.

Terdahulu, kami telah laporkan bahawa Pei mengambil banyak kakitangan daripada OnePlus. Nampaknya perkara ini disahkan lagi melalui laporan ekslusif oleh Inverse.

Carl Pei 2021

Menurut sumber, 70% anggota pasukan perisian (software) Nothing sekarang ialah daripada OnePlus.

Selain itu, 30% daripada pasukan perkakasan (hardware) juga ialah mereka yang pernah berkhidmat di OnePlus.

Nothing Carl Pei

Nama besar daripada OnePlus yang pindah ke Nothing

Dalam laporan sama, bekas ketua pegawai pemasaran iaitu Kyle Kiang yang meninggalkan OnePlus pada 2021 baru saja menyertai Nothing beberapa bulan lepas.

kyle kiang nothing oneplus

Kiang yang pernah bersama Pei di OnePlus kini menjadi Naib Presiden Nothing di Amerika Selatan. Bukan itu saja, malah beliau juga akan mengetuai pelancaran Nothing Phone (2) nanti.

Beliau dihuraikan sebagai seorang tech geek yang sejati dan berjaya menaikkan jualan OnePlus dulu.

OnePlus 11_

Pelantikannya selari dengan azam Nothing yang mahu sasarkan Phone (2) terhadap peminat teknologi. Ia merupakan cara sama digunakan Pei dan Kiang semasa menaikkan nama OnePlus ketika awal kemunculannya.

Bukan setakat itu, malah nama-nama lain daripada OnePlus juga dikatakan telah berpindah dan menyumbang bakti dalam membentuk Nothing OS yang beridentiti.

Berkaitan

  • Nothing OS Diteruskan Dengan Mereka Yang Pernah Bangunkan OxygenOS
  • Nothing Phone (2) Sah Akan Dijana Cip Di Bawah Siri Snapdragon 8
  • (Ulasan) Nothing Ear (2) - Audio Seimbang Dalam Dunia Yang Lebih Senyap
  • Nothing Sahkan Bahawa Phone (2) Akan Hadir Tidak Lama Lagi
  • 4 Sebab HONOR Magic5 Pro Jadi Antara ‘Flagship’ Penting 2023

Misalnya, Shawn Liu yang juga salah seorang pengasas OnePlus yang bertanggungjawab membangunkan OxygenOS, ciri Zen Mod, paparan kekal.

cookie xu nothing oneplus

Kemudian, Cookie Xu yang mengetuai penciptaan Reading Mode, Expanded Screenshot dan perisian untuk Alert Slider.

sam lee nothing oneplus

Selain itu, Sam Lee yang pernah bekerja di OnePlus untuk 6 tahun lebih dan di OPPO selama 6 bulan kini menjadi ketua untuk perisian mudah alih Nothing.

Dalam perkembangan lain, anda boleh semak ciri ditawarkan flagship baharu iaitu HONOR Magic5 Pro di SINI.

Sumber: Inverse

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY